in

7 Gelagat Ahli Keluarga dan Saudara Mara Pada Hari Raya

Gelagat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Raya Aidilfitri adalah antara hari yang mana kita bertemu dengan sanak saudara, jauh mahupun dekat dan saling erat mengerat silaturrahim yang sudah lama terpisah. Pun begitu, setelah sekian lama tidak bersua, pasti ada di antara gelagat mereka yang mencuit hati dan tidak kurang juga yang membuatkan kita jengkel setiap kali berhadapan dengan mereka ini.


Berikut kami senaraikan 7 jenis gelagat ahli keluarga dan saudara mara yang anda sering temui setiap hari raya:

1. Anti sosial dan jarang bersembang dengan sesiapa

Raya Anti Sosial
gambar hiasan

Jenis ahli keluarga seperti ini sering mendapat jolokan sebagai kera sumbang. Selalunya si dia akan mencari satu tempat sunyi untuk bermain telefon 24 jam tanpa sebarang gangguan dari orang lain. Sekali sekala korang akan dengar dia ketawa, tapi bukan sebab dia bergurau senda dengan saudara mara yang lain. Dia tengah melayan rakan alam maya dia tulah. Heh!

 

2. Suka berkepit dengan pasangan masing-masing 24 jam

Hi 01.2
gambar hiasan

Semua orang tahu koranglah pasangan yang paling bahagia di dalam keluarga ini. Tapi tak perlulah sampai kena berkepit dan menempel dengan pasangan anda 24 jam. Nak ke dapur berdua, nak makan berdua dan nak ke tandas pun hampir berdua! Ops! Cubalah beri ruang sikit dekat pasangan masing-masing untuk bergaul dengan ahli keluarga yang lain.

 

3. Saudara havoc, penyeri di hari raya

2014 08 11 16 06 58 Deco
gambar hiasan

Kalau tak ada saudara yang ini, tak sahlah raya korang sekeluarga. Si dia jenis yang akan memeriahkan suasana, pandai berjenaka dan suka mengusik. Kalau tak ada dia, rumah akan jadi sunyi. Terus hilang rasa mood nak beraya.

 

4. Sepupu yang tiap-tiap tahun usung pasangan tapi tak kahwin-kahwin juga

Emma Dan Kamal
gambar hiasan

Haa yang ini paling annoying antara semua. Sejak dari raya tahun-tahun lepas lagi, ke hulur ke hilir sepupu anda yang seorang tu bawa kekasihnya datang berjumpa dengan keluarga. Tapi bila disoal tentang perkahwinan, mereka asyik tepis soalan tersebut dengan menjawab belum bersedia.

Akibat terlalu kerap sepupu anda tu bawa kekasihnya ke majlis hari raya setiap tahun, ada saudara yang tersalah anggap mereka sudah menikah. Alamak!

 

5. Jenis suka berselfie memanjang

Another Crucial Part Of The Day—Picture Taking.
gambar hiasan

Jenis yang macam ini selalu ada telefon di tangannya. Dukung bayi comel sikit, nak selfie. Potong lemang sebatang pun nak selfie. Itu belum lagi dia ajak semua ahli keluarga lain untuk minta berswafoto dengan mereka. Kadang-kadang tak rapat pun dengan saudara tu, tapi dia sibuk nak berselfie. Katanya untuk kenang-kenangan. Yelah raya sekali setahun kan!

 

6. Jenis yang konon-konon sibuk dengan anak kecil, sebenarnya malas nak turun ke dapur

Jessica Iskandar Dan Bayinya
gambar hiasan

Bagi wanita yang baru menimang cahaya mata, memang tak menang tanganlah kalau dah ada anak kecil. Mana dengan nak tengok makan minum anaknya, suaminya lagi. Itu belum semasa anak terbuang air kecil atau besar. Tapi janganlah pula dek kerana sibuk menjaga anak, perkara tersebut dijadikan alasan untuk berat tulang membantu di dapur.

Kasihan ibu yang sudah tua terbongkok-bongkok memasak dan menghidangkan juadah hari raya seorang diri di dapur. Sekali sekala lepaskanlah anak itu sekejap dengan suami pula.

 

7. Kuat bergosip 

Bergosip
gambar hiasan

Jenis saudara yang seperti ini memang wajib ada setiap tahun. Setiap kali raya, pasti ada saja topik panas yang dibawanya untuk jadi perbincangan sesama keluarga. Kalau gosip tentang isu semasa dan politik, tak apalah juga. Tapi kalau bergosip dan mengumpat hal pekung orang di dalam lingkungan keluarga, memang tak wajar langsung!

Cubalah bersembang hal-hal isu semasa yang membuka minda sikit. Ini tidak, hal kehidupan orang juga yang nak digosipnya!

Walau bagaimanapun perangai saudara mara kita, terimalah mereka seadanya. Tanpa mereka tak gempaklah raya kita, kan? 

Baca: 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

Raya 10 Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.