in

14 Filem Hebat Tentang Manusia Genius Yang Boleh Anda Tonton di Hujung Minggu

Genius

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak mahu menjadi genius? Suatu kelebihan yang membuatkan seseorang itu berbeza daripada manusia biasa yang lain. Antara manusia genius yang selalu kita dengar namanya ialah Stephen Hawking, Albert Einstein dan Leonardo da Vinci.


Namun pernahkah anda dengar kisah mengenai mereka ini? Jangan sangka orang-orang genius hidup mereka senang tau. Mereka juga ada ujian dan pancaroba yang perlu dilalui!

Berikut kami senaraikan 14 filem hebat tentang manusia genius yang boleh anda tonton untuk mengisi masa lapang di hujung minggu:

 

1. Bad Genius 

27073191 1547800315315734 9049871568536837467 N
sumber: facebook

Diinspirasikan daripada kisah benar mengenai sekumpulan pelajar yang meniru ketika menduduki ujian SAT di Thailand, filem ini telah menjadi antara filem box office di Thailand dengan kutipan tayangan mencecah 100 ribu baht pada tahun 2017.

Ia mengisahkan tentang Lynn, seorang pelajar pintar yang baru memasuki sekolah elit dan berkenalan dengan beberapa pelajar genius lain yang seterusnya mewujudkan sindiket penipuan dalam peperiksaan. Aksi yang ditonjolkan di dalam filem ini pasti akan membuatkan adrenalin anda memuncak!

 

2. Gifted 

26993708 1547800411982391 2950908596420785413 N 1
sumber: facebook

Filem lakonan aktor kacak Chris Evans ini mengisahkan Frank Adler yang membesarkan Mary Adler, anak kepada mendiang kakaknya yang merupakan seorang genius. Mary yang baru berusia 7 tahun itu mendapat jolokan sebagai pelajar pintar kerana boleh menyelesaikan masalah matematik yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh mana-mana kanak-kanak seusia dengannya.

Filem yang penuh dengan melodrama keluarga ini pasti akan meruntun hati anda yang menontonnya.

 

3. Rain Man

sumber: blog

Filem yang ditayangkan pada tahun 1988 ini menampilkan dua aktor hebat iaitu Tom Cruise dan Dustin Hoffman sebagai pelakon utama. Ia mengisahkan tentang seorang cendekiawan bernama Kim Peek yang menghidapi sejenis penyakit iaitu ‘autistic savant’. Kim dikatakan dapat membaca dua halaman buku dalam waktu 10 saat dengan kedua matanya dan mampu mengingati 98% informasi daripada apa yang dia baca.

Rain Man telah memenangi empat anugerah Oscar termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Filem Utama Terbaik.

 

4. Good Will Hunting 

26993980 1547800551982377 2989073567704230539 N
sumber: facebook

Filem yang menggandingkan dua aktor hebat Robin Williams dan Matt Damon ini mengisahkan tentang seorang lelaki genius matematik yang tidak mendapat pendidikan formal. Satu-satunya masalah yang dihadapi ialah trauma akibat zaman kecil di mana ia membuatkan dia menjadi seseorang yang tidak sepatutnya.

Pun begitu, hidup lelaki tersebut akhirnya berubah selepas bertemu dengan seorang profesor yang terkejut melihatnya menyelesaikan soalan matematik yang sulit.

 

5. A Beautiful Mind

26991933 1547800615315704 1892121794130943101 N
sumber: facebook

Filem biografi yang telah memenangi empat anugerah Academy Awards ini berkenaan John Forbes Nash iaitu pemenang Hadiah Nobel dalam ekonomi yang juga ahli matematik. Sesuatu yang menarik mengenai John ialah meskipun beliau seorang yang genius, dia terpaksa berjuang dengan masalah skizofrenia yang dialaminya.

A Beautiful Mind lakonan Russel Crowe ini telah mendapat beberapa kritikan kerana menampilkan kehidupan asal pemenang Nobel tersebut dengan tidak tepat. Pun begitu, ia mendapat pujian kerana menayangkan jalan cerita yang menarik.

 

6. The Theory of Everything

27336621 1547800668649032 3070128461538976533 N
sumber: facebook

Bagi mereka yang meminati teori-teori yang dikemukakan Stephen Hawking, anda perlu tonton filem ini. The Theory of Everything mengisahkan pancaroba kehidupan Stephen dan isterinya Jane Hawk selepas lelaki tersebut ditimpa penyakin neuron motor yang melumpuhkan pergerakannya.

Filem yang ditayangkan pada tahun 2014 ini mendapat sambutan serta komen yang baik daripada pengkritik dan juga penonton.

 

7. The Man Who Knew Infinity 

26907592 1547800825315683 181181444028490498 N
sumber: facebook

Jalan cerita filem ini berkisar kepada kehidupan tokoh matematik India terkenal, Srinivasa Ramanujan yang membesar dalam keadaan serba kemiskinan di Madras. Berkat kebijaksanaannya, dia berjaya memasuki Universiti Cambridge semasa Perang Dunia Pertama. Beliau kemudian menjadi perintis dalam teori matematik dengan bimbingan profesornya, GH Hardy.

Filem lakonan Dev Patel ini pernah ditayangkan semasa malam gala world premier 2015 Toronto International Film Festival.

 

8. Shindo 

26993494 1547801308648968 6527424264455777656 N
sumber: facebook

Filem yang berasal daripada negara matahari terbit ini mengisahkan kehidupan Uta Naruse yang mempunyai bakat luar biasa. Dia diceritakan sebagai seseorang yang berkebolehan dalam membaca not muzik untuk bermain piano semenjak dia masih bayi dan tidak boleh bercakap lagi. Wow! 

 

9. The Imitation Game 

27337133 1547801425315623 1388229108732370133 N
sumber: facebook

Peminat aktor Benedict Cumberbatch harus menonton filem ini! Filem biografi ini berkisar tentang kehidupan seorang ahli matematik, logik dan kiptografi British, Alan Mathison yang pernah memainkan watak utama dalam memenangi perang dari pihak Inggeris semasa Perang Dunia Kedua tidak lama dulu. Mathison kini digelar sebagai Bapa Sains Komputer Moden dan Digital.

Filem ini menerima lapan pencalonan dalam Academy Awards dan memenangi People’s Choice Awards di 39th Toronto International Film Festival.

 

10. Amadeus

26994190 1547801601982272 4907118225473974352 N
sumber: facebook

Mungkin ramai yang kenal siapa Mozart atau nama sebenarnya Wolfgang Amadeus Mozart melalui lagu-lagu klasik yang diciptakannya. Namun tidak ramai yang tahu tentang kisah hidupnya. Filem yang ditayangkan pada tahun 1984 ini berlatarkan abad ke-18 yang mengisahkan tentang kehidupan Mozart sebagai seorang komposer muzik genius yang tinggal di Wina, Austria.

Filem ini dicalonkan sebanyak 53 kategori dan memenangi 40 daripadanya di Academy Awards serta kini dinobatkan antara 100 filem yang perlu ditonton dalam tempoh 100 tahun.

 

11. Dark Matter

26993465 1547801741982258 3999517662677767390 N
sumber: facebook

Filem ini mengisahkan tentang pelajar Cina yang genius bernama Liu Xing yang telah diterbangkan ke Amerika Syarikat untuk mempelajari bidang Fizik di peringkat yang lebih tinggi. Di sana, Liu Xing telah bergabung dengan kumpulan astronomi yang dipimpin Jacob Reiser, pakar astronomi yang terkenal.

Dark Matter yang menampilkan pelakon gred A seperti Meryl Streep ini telah memenangi Alfred P. Sloan Prize di Sundance Film Festival 2007.

 

12. 21

26993620 1547801908648908 6458231326440045130 N
sumber: facebook

Filem lakonan Jim Sturgess, Kevin Spacey dan Laurence Fishburne ini bercerita mengenai sepasukan pelajar Massachussets Institute of Technology (MIT) yang kebanyakannya pakar matematik bersama seorang profesor matematik telah mencipta skrin pengiraan kad untuk memberi kejayaan di meja perjudian blackjack di Las Vegas.

Meskipun filem ini mendapat pelbagai kritikan, ia telah menjadi antara filem box office yang cemerlang di Amerika Syarikat dan Kanada semasa minggu pertama dan kedua tayangannya.

 

13. Pollock

26907556 1547801055315660 8268834429445042315 N 1
sumber: facebook

Filem yang ditayangkan pada tahun 2000 ini mengisahkan biografi Jackson Pollock iaitu seorang pelukis abstrak Amerika yang terkenal kerana lukisan ekspresinya yang dilakukan pada kanvas besar dan diletakkan di atas lantai. Pollock dikatakan tidak melukis seperti orang biasa, namun dia hanya melemparkan cat ke kanvas besar di lantai, menitikkannya dan mengoles cat tersebut sehingga ia menjadi lukisan.

Filem ini menerima komen positif daripada Rotten Tomatoes dengan rating 7 daripada 10.

 

14. Fabricated City

26904688 1547801128648986 7888096986885544623 N
sumber: facebook

Filem daripada Korea Selatan ini menampilkan Ji Chang-wook sebagai pelakon utama yang memainkan watak Kwon Yoo. Dia telah dituduh membunuh dan semenjak daripada itu kehidupan Kwon Yoo menjadi tunggang langgang. Berhadapan dengan situasi bahawa dia telah dimanipulasi, watak utama telah dibantu rakannya, Yeo-wool yang merupakan seorang penggodam genius.

Filem yang ditayang pada tahun 2017 ini telah memenangi Popularity Award dalam anugerah Korean Film Shining Star Awards.

Isi masa lapang di hujung minggu dengan menonton filem-filem hebat ini! Selamat menonton!

Baca: Annabelle: Creation Terima 100% Rating dan Diundi Filem Paling Seram 2017

Anna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.