in

13 Filem Kami Cadangkan Untuk Ditonton Jika Anda Peminat Psycho-Thriller

Page Filem

Filem genre thriller memang seronok untuk ditonton terutamanya pada waktu malam. Kadang-kadang tak terfikir ada ke orang macam ni kat dalam dunia sebenar?

Ada masanya filem-filem macam ni boleh buat kita tak tidur malam memikirkan kekejaman yang dorang lakukan. So, kami cadangkan 13 filem untuk ditonton buat peminat genre psycho-thriller.

 

1. Dismissed

Movie
sumber: google

Filem ni setting dia dekat sekolah pasal sorang student lelaki ni yang memang obses nak dapat yang terbaik dalam kelas. Dia pun sanggup buat apa je untuk make sure dia sentiasa yang terbaik, Kalau tak… Ha, korang kena tengok sendiri!

Dismissed ni keluar tahun lepas dan pelakon dia memang berjaya bawa watak dorang dengan mimik muka psiko habiss! Kadang boleh meremang tengok dia lakonkan tu. So, siapa berminat, boleh check it out!

 

2. Get Out

Get Out Dvd Cover
sumber: screen-connections

Cerita ni pasal seorang lelaki kulit hitam, Chris, yang pergi ikut girlfriend ke kampung halaman dia. Tapi masa kat sana, family girlfriend dia asyik bagi komen kurang sedap pasal orang kulit hitam. Lepas tu, dia rasa macam pelik sikit perangai pekerja estet yang berkulit hitam dekat situ. Movie ni ada kena mengena dengan hypnosis.

Cerita yang keluar tahun 2017 ni memang agak scary lah jugak. Setiap orang kat kampung tu buat kita rasa suspicious je kat dorang. Rasa macam semua ada rahsia. Yang lakonkan watak Chris tu best tau. Menjadi weh lakonan dia.

 

3. Inconceivable

Movie3
sumber: vox cinemas

Cerita ni pasal Angela yang start berkawan dengan seorang wanita bernama Katie yang offer diri jadi nanny untuk jaga anak Angela. Tapi, makin lama, Katie ni makin obses dan terlalu rapat dengan anak Angela sampai macam-macam penipuan dia buat nak hancurkan family tu.

Dalam cerita ni ada Nicholas Cage tau. Dia jadi suami kepada Angela yang dilakonkan oleh Faye Dunaway. Menarik cerita ni. Dia keluar tahun lepas dan diberi rated R sebab ada unsur keganasan dalam tu.

 

4. Don’t Breathe

Mv1
sumber: imdb

Cerita ni pasal tiga orang kawan yang pecah masuk dalam rumah sorang pakcik buta. Dorang tau pakcik ni ada banyak duit sebab dapat pampasan lepas anak dia mati. So, dorang ingat senanglah nak target pakcik ni. Tapi, ha kau hambik pakcik ni sebenarnya psiko sebab obses nak anak lepas anak dia yang sebenar dah mati. Kalau nak tau apa jadi lepas tu, pi lah tengok.

Setting cerita ni kat dalam rumah tu je dan trust me, sepanjang korang tengok cerita ni, korang tak boleh bernafas betul-betul sebab nervous je dok pikir apa nak jadi. Memang don’t breathe lah!

 

5. Orphan

Mv2
sumber: bloody posters

Cerita ni boleh tahan peliklah. Suami isteri ni decide nak ambil anak angkat. Dorang pun pergi rumah anak yatim and memang berkenan gila dengan sorang budak perempuan ni and terus ambil dia jadi anak angkat. Tapi lepas ambil, macam-macam benda pelik jadi rupa-rupanya ‘budak’ ni psiko.

Budak tu berlakon memang best. Nampak macam sweet-sweet je. Rupanya psiko. Tak percaya lah budak tu boleh buat macam tu. Cerita ni dah tayang tahun 2009 lagi. Tapi kalau masih belum tengok, pergi tengok cepat!

 

6. Gone Girl

Mv5
sumber: blackfilm

Cerita Gone Girl ni pasal suami dan isteri yang nampak luaran macam bahagia je. Tapi tiba-tiba masa dorang punya anniversary yang kelima, isteri dia, Amy hilang. So, suami dialah yang jadi suspek utama. Tapi sebenarnya Amy tu saja nak perangkap suaminya. Nanti korang tengok betapa psikonya bini dia tu.

Dari novel jadi movie, cerita ni keluar tahun 2014, tapi serius tak boleh lupa betapa psikonya cerita ni. Otak kita pun jadi ligat tau masa tengok cerita ni sebab dok fikir apa sebenarnya masalah dorang ni.

 

7. The Loved Ones

Mv7
sumber: blog

Korang selalu tak tengok movie orang putih yang pasal pergi school dance apa semua tu? Selalunya kalau dorang kena reject nak pergi sama-sama, dorang takat sedih gitu-gitulah kan. Tapi dalam movie ni, ha kau, kena reject punya pasal, dia sampai culik lelaki yang reject dia tu.

Movie ni pun keluar masa tahun 2009. Lama lah jugak kan. Tapi once korang tengok, seram gak lah. Bukan seram sebab ada hantu ke apa, seram tengok perempuan tu obses sangat nak pergi school dance dengan lelaki tu.

 

8. Split

Mv9
sumber: citylife

Movie ni pasal orang yang ada split personality. Kevin ni doktor dah diagnos dia ada 23 personality. Gila kan! Tapi ada salah satu personality dia ni dahlah psiko lepas tu dominant pulak tu. Takut weh sebab personality dia yang jahat tu culik orang perempuan. So, hanya Kevin sendiri yang boleh lawan personality dia tu.

Split dah tayang tahun 2016 dengan pelakon hebat macam James McAvoy yang pernah berlakon dalam X-men: First Class jadi Professor X. Seronoklah tengok ni, kita dapat tengok macam mana dia nak overcome split personality dia.

 

9. Seconds Apart

Mv10
sumber: trailer addict

Seconds Apart ni pasal kembar lelaki yang ada power. Dorang boleh fikir je untuk control orang lain dan paksa orang lain untuk cederakan diri sendiri. Lepas tu, lagi pelik, bila salah sorang tu suka dengan perempuan, kembar dia jadi jealous yang amat sampai gaduh. Dia obses dengan kembar sendiri.

Movie ni dah keluar tahun 2011 dan dapat banyak kutipan. Cerita ni jadi seronok sebab adik beradik tu pandai berlakon. Seram tengok bila dorang boleh buat macam tu kat orang lain lepas tu buat selamba macam tak bersalah. Kira dorang guna power untuk benda jahat.

 

10. Homecoming

Mv12
sumber: imp awards

Sebab obses dengan ex-boyfriend dia, perempuan ni sampai naik hantu bila nampak lelaki tu bawa girlfriend baru, Elizabeth. Sejak tu, dia menggila macam-macam benda dia buat kat Elizabeth. Dia pun siap macam takut-takutkan orang tu sebab cuba nak putuskan dorang.

Tahun 2009 memang banyak keluar cerita psycho thriller ni. Homecoming, antara movie best dengan genre yang sama keluar tahun tu. Bila tengok movie ni, korang boleh rasakan macam mana jealousnya minah ni kat girlfriend baru tu. Scary weh!

 

11. The Visit

Mv14
sumber: imp awards

Movie ni pasal dua orang adik beradik yang pergi balik kampung nak jumpa dengan atok nenek dorang belah mak. Lepas tu masa jumpa, memula macam ok je atok nenek dorang ni. Tapi lama-lama baru dorang rasa macam pelik je perangai dorang berdua. Lepas tu baru dorang sedar yang sebenarnya lelaki dan perempuan tu bukan atok nenek dorang. Alamak!!

Movie ni keluar tahun 2015 dan ada barisan pelakon yang best. Lagi-lagi yang jadi atok dia tu. Pandai casting pilih dia berlakon. Tengok muka dia je dah seram. Sorry atok! Korang cubalah tengok movie ni. Best tau!

 

12.  We Are What We Are

Mv15
sumber: blog

Movie ni pasal satu keluarga psiko yang ikut adat dulu-dulu. Lepas mak dorang mati, ayah dia determine nak tradisi dorang dikekalkan. So, anak dia kena ambil alih tugas mak dia. Tugas apa? Ha korang kena tengok. Tapi kisah ni ada kena mengena dengan cannibalisme.

We Are What We Are yang keluar tahun 2013 ni memang nak tunjuk keluarga yang bersatu dalam nak make sure dorang tak tertangkap masa tengah nak kekalkan adat pelik dorang tu. Movie ni memang untuk 18 tahun ke atas je lah. Sebab kejam. Habis kalau dah sampai makan orang, mana tak kejam kan?

 

13. The Invitation

Mv16
sumber: imp awards

Movie ni pasal seorang lelaki, Will, yang dapat invitation ke dinner party kat rumah ex-wife dia dengan suami baru. Masa kat rumah tu, dia macam rasa yang ex-wife dia dan tetamu lain macam pelik sikit. Dari situ dia syak yang sebenarnya dorang semua ni dijemput sebab ada agenda lain.

Kalau korang tengok nanti, korang pun tak tau siapa yang jahat, siapa baik. Pening kepala bila fikir! Memang sepanjang tengok ni korang rasa paranoid je. Cerita ni keluar tahun 2016 and siapa tak tengok lagi, sila pergi tengok.

Since esok cuti, malam ni korang bolehlah marathon movie-movie ni. Confirm best weh! Jangan sampai tak tidur malam teringat-ingat filem ni dah lah! Tapi jangan lupa, kalau nak tengok movie dalam senarai ni, make sure korang 18 tahun ke atas dan tak tengok masa ada budak bawah umur dengan korang. Cerita kejam-kejam ni tak sesuai untuk dorang.

Tengok jangan tak tengok!

Baca: 14 Filem Hebat Tentang Manusia Genius Yamg Boleh Anda Tonton di Hujung Minggu

Mv17