in

11 Pusat Membeli-Belah Bakal Dibina, Orang KL Dah Muak

Mall Jemu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi pusat membeli-belah nak dibuka kat Kuala Lumpur?


Cukup-cukuplah tu, orang yang kat Kuala Lumpur pun kata dah jemu dengan lambakan pusat-pusat komersial ni. Selang beberapa kilometer je dah ada shopping mall.

Suria KLCC, Pavilion, Plaza Sungei Wang, Berjaya Times Square dan macam-macam lagi.

 

Korang duduk KL tak jemu masuk mall tengok kedai sama ulang-ulang? 

Berdasarkan laporan dikeluarkan The Star, kawasan seluas 6.58 juta kaki persegi tersedia untuk sewaan kepada lebih 10 pusat membeli-belah di Lembah Klang.

Bizdx Ach Xx09 Mall Openingpdf
Sumber: The Star

Wow, banyak tu! Tapi orang ramai nampak gayanya tak bersetuju sebab lambakan mall ni kebanyakannya tawarkan kedai-kedai yang sama je pun.

Dan boleh dikatakan hampir setiap pelosok Lembah Klang ni dah ada pusat membeli-belah, kan? Apa salahnya buka di kawasan-kawasan selain Kuala Lumpur dan Selangor? Kitakan ada 14 negeri seluruh negara.

Mall Jemu 1
Sumber: Twitter

Mall Jemu 2

Sumber: Twitter

Mall Jemu 5Sumber: Twitter

 

Beri kami taman, taman tema, perpustakaan..

Asyik bina pusat membeli-belah je, tapi macam mana pula dengan kawasan untuk orang yang tak nak shopping tu? Bukan semua orang suka pergi shopping.

Orang ramai sebenarnya nakkan kembali kawasan-kawasan untuk membuat aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan seperti taman, perpustakaan, taman tema mahupun pusat indoor games. Barulah pelbagai sikit tarikan yang ada kat ibu negara kita ni.

Mall Jemu 4

Sumber: Twitter

Mall Jemu 3Sumber: Twitter

Tapi itulah, kalau tak ada permintaan takkan boleh ada banyak lagi pusat membeli-belah dibina kan? Aktiviti berbelanja dan jual beli pengguna pun sentiasa rancak kalau kita lihat di mall hampir setiap hari.

Jadi apa yang patut dilakukan sekarang, ye? Hmm.. 

Baca: Lelaki Selamba Curi Beg Pelanggan Ketika Makan Di Sebuah Restoran di IPC Shopping Centre

Mall Ipc

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.