in

Lelaki Selamba Curi Beg Pelanggan Ketika Makan di Sebuah Restoran di IPC Shopping Centre

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jaga barangan peribadi anda tak kira di mana pun anda berada!


Seorang wanita baru-baru ini menceritakan kejadian di mana beg tangannya dicuri tanpa sedar di sebuah pusat membeli belah. Beliau telah berkongsi cerita ini bersama rakan-rakan di Facebook dan sehingga hari ini post beliau telah mendapat 724ribu tontonan.

Kimmy Tung bersama suami dan anak-anaknya sedang makan di Sushi King di IPC Shopping Centre ketika kejadian itu berlaku pada 12 Disember yang lalu.

“Kami tidak sangka ianya akan berlaku kepada kami.

Saya kerap travel kerana bisnes, jadi ianya membuatkan saya sentiasa berwaspada dengan isu kehilangan barangan peribadi saya. Disebabkan itu, saya terapkan dalam diri saya untuk sentiasa meletakkan dompet di dalam beg tangan saya dan selalu pastikan ianya disandang di bahagian hadapan badan saya. Saya juga tidak akan keluarkan dompet atau buka beg saya di khalayak ramai.”

Namun, menurut Kimmy pada hari kejadian itu berlaku, beliau terlupa akan hal itu dan ternyata ianya menyebabkan begnya dicuri tanpa beliau sedari.

“Jarak antara setiap kerusi di restoran itu terlalu dekat dan anak saya berasa tidak selesa dengan keadaaan saya yang menyandang beg itu, kerana dia duduk bersebelahan dengan saya membuatkan saya terlupa dengan prinsip itu jadi saya letak beg yang mengandungi dompet, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM  itu di bahagian belakang kerusi.”

A1

Di dalam rakaman CCTV pula menunjukkan pencuri tersebut berjalan melepasi tempat duduk mereka yang sedang membelek menu makanan ketika itu. Lelaki yang memakai kemeja berwarna putih, seluar hitam dan menyandang sebuah beg itu dilihat seolah-olah sedang mencari meja kosong di dalam restoran tersebut.

A

Namun, lelaki itu kemudian dilihat berpatah balik selepas melepasi keluarga Kimmy dan cuba pandang sekeliling untuk pastikan tiada siapa yang menjadi saksi perbuatan jahatnya itu.

“Kami tidak menyedari beg saya dicuri sehinggalah ketika mahu membayar bil. Daripada video yang dirakamkan dari CCTV restoran itu, kami nampak lelaki itu berpura-pura mencari tempat duduk di dalam restoran itu dan mencuri beg saya semasa sedang berjalan untuk keluar dari situ.”

A2

Usha Line 1

“Ianya berlaku kurang daripada satu minit dan ketika itu kami masih sedang memikirkan tentang makanan yang ingin dipesan.

Anak saya yang berusia 3 tahun itu dalam ketakutan ketika kami memberitahu tentang hal yang terjadi dan kami turut menunjukkan video rakaman CCTV itu kepadanya. Kami simpati dengannya kerana terdedah dengan kejahatan dalam realiti hidup yang sebenar pada usia yang masih mentah.”

Gif2

 

“Bagaimanapun, saya berasa lega kerana ‘target’ lelaki itu adalah beg saya dan bukan anak-anak kami.”

Netizen yang menonton video rakaman CCTV ini turut berkongsi pengalaman mereka menjadi mangsa kecurian.

“Saya juga pernah menjadi mangsa penyeluk saku, malah mukanya jelas dilihat di CCTV. Saya laporkan kepada polis dan mereka berkata siasatan akan dijalankan tetapi sehingga kini tiada respon yang saya terima. Tidak hairanlah mengapa pencuri seperti ini semakin berani mencuri meskipun di tempat yang mempunyai CCTV.” komen seorang netizen

“Telefon bimbit anak saya juga dicuri semasa di IPC Book Fair tahun lalu.” komen seorang lagi

Lihatlah betapa mudahnya kes kecurian boleh berlaku. Jangan dedahkan barangan peribadi anda tidak kira di mana sahaja. Pastikan anda tidak lalai dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling kerana tiada siapa tahu di mana dan bila ia akan berlaku.

Tonton video rakaman CCTV di bawah :

真的沒想過這件事會發生在我們身上,現在想起來還是心有餘悸。今天我們全家到IPC逛順便吃午飯想說帶著孩子去吃Sushi King 迴轉壽司讓他開心一下,就選擇了吧檯的位置,沒想到就成為了小偷下手的目標。從這個影片可以看到身穿白色衣服的小偷手法老練利落,他不是用餐的客人,只是走進來四處打量,趁著我們還在點餐不注意就這樣摸走了我先生的背包,直到我們買單的時候才發現包包被偷了!1.平常我們都是將包包一直背著不會拿下來,今天因為高腳椅不好坐所以拿下來放後面,但就是這樣沒有提高警覺的瞬間就發生了這樣的事,除了自責之外,我只能說馬來西亞治安真的有待加強。2.我們坐在收銀台旁邊,CCTV 正對著我們,所以是很清楚的照到了小偷的臉,影片是手機翻拍不太清楚,這樣光明正大的偷東西,也不怕被照到,是該說小偷對馬來西亞警方的執法效率根本毫不在乎嗎,還是說有內鬼的可能?3.小偷的犯案手法很利落,感覺不是第一次,應該是個老手,因為我們隨時可能會轉過頭,他很大膽也可能是盯上我們很久了,想到就覺得很恐怖。4.我們不捨的是我的三歲兒子被嚇到了,問我什麼叫做小偷,為什麼他要拿爸爸的東西,他覺得很可怕,我也很無奈必須讓他這麼純潔的心靈抹上現實的殘酷,而更無奈的是在大馬對公權力的失望和無能為力的感覺是我覺得對孩子很抱歉的,因為這個生活是只要你一鬆懈就危機四伏,其實我只想帶著孩子放鬆的吃頓飯!5.很慶幸的我們損失了一些現金,信用卡和IC,會員卡什麼的都可以重新申請,手機和鑰匙都沒丟,算是不幸中的大幸了,還讓我們一家四口在酒足飯飽後才發現錢包不見,It could be worse. 6.錢財乃身外之物,令人生氣的不是金錢上的損失,而是東西被偷的那種無奈,焦躁,憤怒還有對人的徹底失望,因為竟然有人會對偷東西視為理所當然,真的為這小偷的孩子捏把冷汗。7.身為一個母親,我很難不聯想到如果今天偷的是我的孩子,我該怎麼辦,稍微一放空就危機四伏,其實我們只希望有個可以放心讓孩子跑跳玩耍的空間,安心喝個咖啡享受片刻寧靜的心情而已,請問這點要求會太難嗎?歡迎分享We have never thought that it would ever happen to us.Being a frequent business traveler, I am always wary about losing my personal belongings. I make it a rule to always place my wallet in my sling bag and sling it in front of my body and never remove the bag in public. But on Dec 12, 2016 at Sushi King @ IPC Shopping Centre, I forgo this rule of mine, removing my sling bag containing my wallet with cash, identity card, driving licence and ATM cards and place it at the back of my seat. I did that mainly because the high chair in the restaurant was too close to each other and my son was uncomfortable with me carrying the sling bag, sitting beside him. We didn't realize that my bag was stolen until we were about to settle the bill. From the video captured by the CCTV in the restaurant, we saw a guy pretended to look for a seat in the restaurant and stole my bag on the way out. The whole process took less than a minute and it happened when when we were still trying to figure out what food to order.My 3 yo son was terrified when we told him what happened and showed him the video. We feel sorry for him that he has to be exposed to the cruelness of real life at such an early age. Nonetheless, it was a relief that the guy was only eyeing on my bag and not our children. It is high time that all of us take this escalation in crime rate seriously and do something about it proactively.

Posted by Kimmy Tung on Sunday, December 11, 2016

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.