in

10 Instafamous Anda Boleh Follow Untuk Inspirasi #OOTD Setiap Hari

Instafemes Ootd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insta-femes atau lebih profesional digelar Social Media Influencer tidak dinafikan sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada para pengguna laman sosial. Apa sahaja yang mereka lakukan atau cuba tonjolkan pasti menarik perhatian atau menjadi inspirasi pengikut.


Daripada solekan, saiz badan, ketinggian, cara pemakaian dan berfesyen hinggalah gaya mereka posing untuk bergambar seringkali menjadi inspirasi para pengikut. Jika anda mahu kelihatan seperti model dan bergaya ketika mengambil gambar #OOTD (outfit of the day), cuba tiru gaya insta-femes ini semua posing!

* Nombor tidak melambangkan turutan atau ukuran yang mana paling lawa, paling stylo dan sebagainya. Kita main letak je secara random!

 

1. Rafidah

Rafidah
sumber: instagram

Gaya penampilan Rafidah sentiasa menarik perhatian 102,000 pengikutnya di Instagram. Malah, gaya gadis berkulit sawo matang ini boleh dikatakan ‘next level‘, sebab apa? Kerana saling tidak tumpah seperti model profesional antarabangsa. Malah, ada yang menggelar Rafidah sebagai ‘OOTD Queen’. Fuhhhh!

Kalau mahu inspirasi gaya posing ala Rafidah, boleh follow gadis stylo ini di Instagram.

Rafidah 1

Rafidah 6

Rafidah 6 1

Rafidah 7

 

2. Izwani Merican

Izwani 5
sumber: instagram

Digelar ‘barbie’ oleh pengikutnya, Izwani bukan sahaja sering tampil anggun bahkan turut membuat mereka jealous dengan kulitnya yang mulus. Kerap membuat kemunculan di event jenama popular seperti Urban Decay, penampilan gadis ini tidak pernah mengecewakan. Taste fashion dia memang umph!

Ikuti gaya penampilan dan inspirasi posing ala Izwani di sini.

Izwani 4

Izwani 1

Izwani 3

Izwani 2

 

3. Att Yusof

Att
sumber: instagram

Sering tampil dengan gaya pemakaian inspirasi warna pastel, Att pernah tersenarai dalam artikel Lobak Merah sebelum ini. Lagi sekali kita senaraikan dia, so mesti follow ok!

Bekerja sebagai jurusolek, gadis ini sentiasa tampil decent dengan gaya pemakaian yang simple tetapi tetap anggun. Ikuti gaya penampilan dan cara untuk pose Att di Instagram.

Att 2

Att 3

Att 4

Att 6

 

4. Nuna Ali

Nuna
sumber: instagram

Wajahnya yang lembut dan senyumannya yang manis, Nuna tidak pernah mengecewakan pengikutnya dengan setiap gambar yang dimuat naik. Tidak kira selfie atau gambar #ootd, semuanya berjaya tarik perhatian.

Lihat keayuan wajah serta penampilan anggun Nuna di sini.

Nuna 5

Nuna 4

Nuna 1

Nuna 3

 

5. Izreen Syafika

Izreen
sumber: instagram

Izreen tidak pernah gagal tampil menawan dengan gaya pemakaian mix and match. Senyumannya yang manis melengkapi setiap gaya penampilannya dan kebanyakan gambar #ootd daripada Izreen adalah untuk tujuan promosi produk yang diterima. Suka gaya posing Izreen? Tengok lebih banyak gaya daripada gadis ini di Instagram.

Izreen 3

Izreen 5

Izreen 4

Izreen 2

 

6. Faa Firds

Faa
sumber: instagram

Dengan lebih 300,000 pengikut di Youtube dan 160,000 di Instagram, youtuber femes ini sering membuat para pengikutnya ternanti-nanti video review, make up tutorial dan bermacam-macam lagi.

Apa sahaja digayakan Faa akan menjadi inspirasi para gadis, terutamanya alat solek dan produk skincare. Pelbagai jenama antarabangsa gemar melantiknya untuk mempromosikan produk terbaru, jangan lupa ikuti Faa di Instagram.

Faa 1

Faa 2

Faa 4

Faa 3

 

7. Liyana Bakaruddin

Liyana
sumber: instagram

Mempunyai 108,000 pengikut di Instagram, Liyana menarik perhatian ramai dengan mukanya yang seperti kebudak-budakan dan begitu flawless. Tapi dah kahwin tau! Apa sahaja yang digayakan Liyana sentiasa menampakkan kemanisan wajahnya dan tak kira posing macam mana sekali pun, gadis ini tampak begitu ayu. Lihat keayuan Liyana ketika bergambar untuk OOTD!

Liyana 1

Liyana 2

Liyana 3

Liyana 5

 

8. Syaty Md Nor

Syaty
sumber: instagram

Gadis manis berlesung pipit ini sememangnya gemar berkongsi apa yang digayakannya setiap hari kepada lebih 79,600 pengikutnya di Instagram. Malah, setiap gaya yang dipakainya sentiasa up-to-date dan tidak mengecewakan. Sebab tu orang suka kan! 

Jom tiru gaya pemakaian dan posing Syaty!

Syaty 1

Syaty 3

Syaty 4

Syaty 6

 

9. Dahlia Rizal

Dahlia0
sumber: instagram

Masih muda remaja, pengikut Dahlia di Instagram mungkin berkali ganda lebih ramai dari anda! Jangan tak percaya, Dahlia ini masih bersekolah tau tapi sudah pandai bergaya serta memakai solekan yang cantik! Mesti dekat sekolah ramai nak ngorat!

Pemakaiannya menampakkan Dahlia matang serta lebih dewasa daripada usianya. Walaupun tak pakai make up, kulit tetap flawless! Jom usha kecantikan anak muda ini di Instagram.

Dahlia 5

Dahlia 2

Dahlia 3

Dahlia

 

10. Nisha Ezzati

Nisha
sumber: instagram

Dikenali kerana ‘mulut kepoh’ serta review yang sangat jujur, telatah Nisha sering menghiburkan pengikutnya di Instagram serta Youtube. Gadis ini juga merupakan salah seorang youtuber paling popular di Malaysia dan digemari ramai. Nak tengok gaya gadis dari Ampang ini posing? Pi usha Instagram dia!

Nisha 5

Nisha 1

Nisha 3

Nisha 2

Apa gaya posing favorite korang? Kongsi dengan kami di ruangan komen!

Baca: 10 Gadis Stailista Popular di Instagram Anda Perlu Follow!

Girls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.