“1 dah meninggal” – 16 Orang Sekeluarga Dari Johor Dijangkiti COVID 19 Selepas Pulang Bercuti Dari Lembah Klang

Tambah ke Sumber Pilihan
“1 dah meninggal” – 16 Orang Sekeluarga Dari Johor Dijangkiti COVID 19 Selepas Pulang Bercuti Dari Lembah Klang

Kebebasan untuk merentas negeri dan bercuti ke sana sini nampaknya telah membawa bencana selepas 16 orang ahli keluarga dilaporkan dijangkiti COVID 19 selepas pulang bercuti dari Lembah Klang. 

Menurut mStar, antara 16 orang itu termasuklah seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan kesemua mereka katanya berasal dari Labis, Johor.


916049Sumber: Gambar Hiasan

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu, kesemua ahli keluarga tersebut tinggal dalam satu rumah yang sama di Labis dan mereka telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah dekat Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 hingga 25 Disember tahun lepas.  

Warga emas umur 60 tahun meninggal dunia 

Lebih menyedihkan, perjumpaan keluarga tersebut juga dihadiri oleh warga emas berusia 60 tahun dan kemudian telah disahkan meninggal dunia akibat wabak tersebut pada 3 Januari lepas.

Mangsa dilaporkan menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta mula menunjukkan simptom sebaik kembali ke Segamat. Dia kemudian dihantar ke Hospital Segamat selepas keadaannya bertambah buruk sebelum disahkan meninggal dunia.

Pun begitu, sehari selepas kematian warga emas tersebut, salah seorang saudara perempuannya pula didapati positif COVID 19.

Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.

“Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan,” kata sumber.

Yang travel ke sana-sini tu, beringat-ingatlah ye. Jaga SOP untuk kebaikan diri dan keluarga. 

Baca: “Balik kampung bawa virus” – Penularan COVID 19 Di Kedah Membimbangkan, Terdapat Kes Punca Orang Luar Balik Bercuti Ke Kampung

Kampung

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“1 dah meninggal” – 16 Orang Sekeluarga Dari Johor Dijangkiti COVID 19 Selepas Pulang Bercuti Dari Lembah Klang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/1-dah-meninggal-16-orang-sekeluarga-dari-johor-dijangkiti-covid-19-selepas-pulang-bercuti-dari-lembah-klang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM