in

Zul Ariffin Muat Naik Gambar Separuh Bogel Pulak?

Zul

Rasanya baru je reda cerita ‘anu’ Zul Ariffin tersebar di media sosial, kini ada cerita lain pula yang lebih sensasi. Zul yang sekarang sedang bercuti di Thailand khabarnya macam saja nak undang kontroversi lepas muat naik gambar terbarunya di Instagram.

Dalam gambar tersebut Zul dilihat hanya memakai seluar pendek sambil mempamerkan tubuhnya yang sasa tu. Tanpa memakai baju, boleh kira macam separuh bogel lah gambar yang dimuat naik tu.

Z1
sumber: instagram

Gambar yang disunting jadi hitam putih tu ternyata mencuri perhatian ramai dan mengundang komen-komen berbaur lucah dari peminat-peminat Zul terutamanya wanita. Mereka memuji-muji badan Zul yang dirasakan sangat seksi dan helok tu.

2Komen
sumber: instagram

Bukan itu sahaja, ada juga yang begitu teruja melihat gambar tak berbaju Zul sampai katanya boleh terbatal puasa. Mak ai! Ada jugak yang mintak couple dan nak berkahwin dengan pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari ni sebab tak tahan tengok gambarnya yang menggiurkan tu.

Siap ada yang sempat mengusik menegur seluar pendek Zul nampak macam nak terlondeh. Amboi, nakal ye korang!

1Komen
sumber: instagram

Dalam ramai-ramai tu, ada juga peminat yang sempat kasi pick-up line kat Zul. Katanya pelakon kacak ni memang helok, tapi helok lagi kalau dekat di hatinya. Ewah-ewah! Ada jugak yang acah-acah menyalahkan Zul muat naik gambar macam ni sebab boleh kurangkan pahala puasa dorang. Haip!

3Komen
sumber: instagram

Ambooii sakan ye korang! Dengan cerita tak elok yang baru je nak tenggelam tu, admin rasa seeloknya Zul elakkanlah muat naik gambar yang kurang sopan dan seksi macam ni. Apa pendapat korang?

Baca: Zul Ariffin Akui Ramai Berikan Pandangan Nakal Lepas Gambar Anu Tersebar

Zul