in

Zahid Suruh PH Singkir Anwar, Azmin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni heboh pasal Datuk Seri Zahid Hamidi datang jumpa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya untuk minta nasihat macam mana nak uruskan UMNO yang kini dah porak peranda sejak berubah jadi pembangkang.


Tapi Zahid menafikan hal tersebut dan mendakwa dia dan rakan-rakan Majlis Tertinggi tahu caranya nak uruskan parti tanpa perlu campur tangan pihak ketiga. Zahid juga mengatakan bahawa dia hadir berjumpa Tun M sebab dijemput PM pada Ramadan lepas.

Sumber: Twitter

Namun bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan yang Zahid sebenarnya merayu padanya supaya mengaturkan pertemuan dengan Tun M di Putrajaya. Khairuddin juga memaki Zahid di laman sosialnya menuduh pemangku Presiden UMNO itu seorang penipu. 

Menurut FMT, Khairuddin hari ini membongkar lebih banyak maklumat tentang komunikasinya dengan Zahid sebelum pertemuan dengan Tun M pada waktu itu. Apa yang mengejutkan, Khairuddin memberitahu bahawa Zahid menasihati Pakatan Harapan (PH) supaya menyingkirkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Sumber: The Malaysian Insight

“Ketika bertemu dengan saya, Zahid Hamidi turut menzahirkan pandangan agar tidak terlalu percaya pada percaturan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali.”

“Namun saya tetap berpendirian jangan sesiapa cuba mengadu domba seterusnya pecah-belahkan pemimpin dalam PH. Dalam apa jua situasi, kami akan pertahankan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menanti yang bakal menjadi perdana menteri kelapan.”

Sumber: Blog

Khairuddin turut menyatakan bahawa dia berani bersumpah atas kebenaran kata-kata yang dikeluarkannya dan menyeru Zahid untuk membuat perkara yang sama.

“Tolong beritahu penyangak Zahid Hamidi bahawa saya bersedia menjunjung kitab suci Al-Quran bersumpah laknat di mana-mana masjid sekalipun.”

Orang tu cakap lain, orang ni cakap lain. Sekejap yang itu, sekejap yang ini. Admin pun dah pening dah. Korang rasa mana satu yang betul ni?

Baca: Ini Sebab Zahid Jumpa Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.