in

Ini Sebab Zahid Jumpa Tun M

Zahid Tun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, gambar pertemuan di antara Datuk Seri Zahid Hamidi dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah viral hingga menimbulkan persoalan beberapa pihak. Namun teka teki gambar tersebut akhirnya terjawab lepas Tun M sendiri menjelaskan sebab di sebalik pertemuannya dengan pemangku presiden UMNO tersebut.


Dfd4Vx6U8Ae6Mh3
sumber: twitter

Menurut Sinar Harian, Tun M beritahu yang Zahid ingin dapat nasihatnya tentang apa yang berlaku di dalam UMNO sampai parti tu ditolak dalam PRU14 baru-baru ni. Oo gituuu…

“Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan UMNO. Jadi saya berterus terang bahawa UMNO sudah mengkhianati orang Melayu. Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh UMNO untuk tolong orang Melayu tetapi kini UMNO berubah dan mengutamakan kekayaan diri,” kata Tun M. Fuh pedas teguran! 

Tun Mahathir
sumber: blog

Tambah Tun M lagi, UMNO dulu dan sekarang memang sangat berbeza. Nak pulih seperti sediakala pun agak susah kerana ia sudah dipandang jijik oleh ramai pihak.

Sebab itu UMNO dibenci sekarang ini. UMNO nak pulih susah. Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik,” tambah Perdana Menteri.

Pertemuan Zahid dan Tun M tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama lepas BN alami kekalahan dalam PRU lepas. Bila ditanya nasihat apa yang diberikan Tun M kepada Zahid, beliau menjawab, “Saya kata dia fikir sajalah apa yang saya katakan.” 

Dffbikivqaaabje
sumber: twitter

Malah Tun M jugak hanya ketawa bila ditanya betul ke Zahid berjumpa dengan beliau untuk sertai Pakatan Harapan. Erkk! 

“Kita tidak pandang sesiapapun nak masuk Pakatan Harapan terutamanya Bersatu. Kalau orang itu orang politik, dia perlu putus hubungan dengan partinya, menjadi bebas dan ikrar sokong kerajaan,” kata pemimpin yang berusia 93 tahun ni.

Anggap sajalah pertemuan Zahid dan Tun M tu untuk rapatkan silaturrahim sesama Islam semasa bulan Ramadan ni. Tak baik nak bermusuh-musuh walaupun pegangan politik kita berbeza kan? Think positive!

Baca: “Kerajaan PH macam tempe, pagi kacang, esok naik kulat” 

Zahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.