in

“Zahid ni iblis yang bertopengkan manusia!!” – Khairuddin

Page Z

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya perjumpaan antara Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ramadan lalu masih lagi menjadi bualan.


Difahamkan Zahid berjumpa dengan Tun M kerana ingin mendapatkan nasihatnya tentang apa yang berlaku di dalam UMNO sampai parti tersebut ditolak dalam PRU14 baru-baru ni. Namun, Zahid mengatakan bahawa pertemuan itu dibuat atas permintaan Tun M pula. Pulak dah…

Z3
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, menurut Free Malaysia Today, hal ini dinafikan oleh bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Katanya, Zahid sendiri yang menghubunginya supaya mengatur pertemuan dengan Tun M.

“Selepas beliau merayu kepada saya untuk berjumpa Dr Mahathir, saya susun untuk beliau berjumpa Perdana Menteri.”

Namun begitu, Zahid menjelaskan lagi bahawa beliau tidak merangkak untuk berjumpa dengan Tun M dan menyifatkan Khairuddin sebagai penipu.

Z4
sumber: facebook

“Datuk Khairuddin yang menuduh saya, penipu itulah yang sebenarnya menghubungi dan mengatur perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir.”

Terbaru, Khairuddin telah mencabar Zahid untuk bersumpah laknat kerana telah memutar belitkan cerita yang sebenar.

“Sebab itu saya kata Zahid Hamidi ini iblis yang bertopengkan manusia! Dia sanggup menipu dan berbohong semata-mata untuk memenangi jawatan Presiden UMNO yang sudah tidak relevan itu!”

Khairuddin menegaskan bahawa Zahid yang meminta untuk berjumpa dengan Tun M selepas melakukan solat istikharah dan kemudian membuatkannya membantu mengaturkan pertemuan tersebut.

Z1 1
sumber: facebook

Beliau juga menjelaskan bahawa Tun M langsung tidak menjemput bekasTimbalan Perdana Menteri itu untuk berjumpa.

Z2
sumber: facebook

Tak cukup dengan itu, Khairuddin turut menyifatkan Zahid sebagai “hipokrit” dan “plastik” kerana Zahid sendiri sebelum ini pernah menghantar posting melafazkan kesyukuran kerana dapat bertemu dengan Tun M di bulan Ramadhan.

“Apa lagi yang Zahid Hamidi nak menafikan?!”

“Pada realitinya juga, Zahid Hamidi adalah ‘sampah’ yang tidak harus dilayan sama sekali kerana beliau terkenal dengan sikap putar belit yang amat kronik!”

Baca: Ini Sebab Zahid Jumpa Tun M

Zahid Tun 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.