in

YouTuber Mukbang Hilang Lebih 100kg Senyap-senyap Dalam Tempoh 2 Tahun

Youtuber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang YouTuber telah mengejutkan internet dengan menghilangkan lebih 100kg berat selama dua tahun dalam diam.

Screenshot 2024 09 08 At 12.27.39 Pm

Nicholas Perry, lebih dikenali sebagai Nikocado Avocado mempunyai lebih daripada 3.9 juta pengikut di YouTube, di mana beliau terkenal dengan video-video makanannya dalam genre khusus ‘Mukbang’, video makan makanan dalam jumlah yang berlebihan.


Perry telah membuat video di YouTube selama lebih daripada tujuh tahun dengan badan yang langsing berbanding penampilannya dalam video kedua terakhirnya yang dikongsi kira-kira tiga bulan lalu. Dalam video tersebut beliau nekad untuk memulakan perjalanan menghilangkan berat badan.

Screenshot 2024 09 08 At 12.25.20 Pm

Walau bagaimanapun, Perry menarik perhatian semua orang dan dalam video terbaharu yang dikongsi pada 7 September mempamerkan wajah baharu dalam masa beberapa bulan sahaja.

Artikel berkaitan: Lepas Dikecam Teruk Ketiak Hitam, Influencer Mukbang Pakai Baju Senonoh Dipuji Netizen

Artikel berkaitan: Lelaki Buat Video Mukbang Sambil Tayang Ketiak Berkerak Buat Netizen Meluat

Video yang mengejutkan itu, yang bertajuk ‘Two Steps Ahead’ dan telah mendapat lebih daripada 18 juta tontonan setakat artikel ini ditulis. Video itu bermula dengan Perry memakai kepala panda dan memberitahu penonton “Saya sentiasa dua langkah di hadapan.”

Screenshot 2024 09 08 At 12.28.07 Pm

Beliau juga bangga dengan pencapaian dirinya yang telah berjaya menghilangkan berat sebanyak 250 paun (kira-kira 113 kilogram). Video penjelasan Nikocado Avocado boleh ditonton dibawah.

Perry menjelaskan bahawa selama dua tahun beliau tidak membuat video baharu dan hanya berkongsi video yang telah dirakam terlebih dahulu sambil menjaga kesihatannya.

Sumber: The Independent 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.