in

Lepas Dikecam Teruk Ketiak Hitam, Influencer Mukbang Pakai Baju Senonoh Dipuji Netizen

Ft Influencer Mukbang Dipuji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas video tular kelakuannya yang mengundang rasa kurang senang ramai pihak, seorang TIkToker mukbang ini dilihat semakin mendapat penerimaan netizen selepas dia mengubah caranya yang lebih elok.

Dilihat ramai yang memberikan komen positif dalam perkongsiannya yang terbaru sejak kebelakangan ini. Malah, ada juga yang mula menunjukkan sokongan kepadanya.


Artikel Berkaitan : Lelaki Buat Video Mukbang Sambil Tayang Ketiak Berkerak Buat Netizen Meluat

Artikel Berkaitan : “Ada beza buat orang ketawa, jadi bahan ketawa orang” – Doktor Nasihat TikToker Mukbang Tayang Ketiak Buat Medical Checkup

Dalam video yang berdurasi 29 saat itu memperlihatkan lelaki yang dikenali sebagai Meon itu memakai baju seperti jubah atau kurta dengan kopiah sambil memakan menu kambing untuk dipromosikan.

@meonsticker85

nak beli tekan link bio @ABG GALI PERAP sungguh lembut#fyp #foryou #kambingperapabggali

♬ original sound – @meonsticker😃🏁 – @meonsticker😃🏁

Biarpun masih terkandung video-video cara lama itu di profil miliknya, namun dilihat seperti dia sudah mula mengubah ‘haluan’ cara mukbang tersebut dengan lebih sopan. Oleh itu, ramai netizen berharap agar Meon dapat kekalkan cara sebegini yang sekaligus menarik minat mereka untuk terus menonton videonya.

Screenshot 2024 01 16 153311 Screenshot 2024 01 16 153346 Screenshot 2024 01 16 153411 Screenshot 2024 01 16 153435 Screenshot 2024 01 16 153456

Sebelum ini tular video Meon menayangkan bahagian bawah lengannya yang gelap di hadapan makanan, perkongsian itu telah membuatkan ramai netizen kurang senang dan anggap tindakannya itu tak elok di hadapan makanan.

Malah, ada juga pihak lain bersuara mengenai tindakannya itu dan menasihati untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.