in

“You PM you patutnya take charge!” – SPRM Dedah Perbualan Rosmah Bagi ‘Nasihat’ Pada Najib

Collage 18

Sebentar tadi, rakyat Malaysia termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkejut apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) mendedahkan sembilan rakaman perbualan telefon keseluruhannya berdurasi selama 45 minit antara Najib dan beberapa individu yang diambil sekitar tahun 2016. Masa dia jadi PM kot!

51578454385 Latheefakoya

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, sembilan rakaman ini boleh memberikan implikasi kepada Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Latheefa menggambarkan rakaman audio ini sebagai “konspirasi jenayah tahap tertinggi”.

Salah satu rakaman ini yang dikatakan berlaku pada 27 Julai 2016, pukul 12.26 pagi. Dalam rakaman ni, korang boleh dengar Rosmah tanya Najib jika dia boleh nasihat suaminya ini tentang sesuatu dalam nada yang agak tinggi.

20180723 Najib Rosmah 03
Sumber: malay mail

Dorang suruh you slow down tapi Abu Kassim buat statement ambil gambar dengan Pak Lah. Dorang buat dia macam hero and kita ni macam orang jahat. Dorang tak nampak ke patutnya dorang utamakan you, bukan orang lain.

Najib kemudiannya menjawab, siapa orang-orang yang Rosmah maksudkan, wanita ini kemudiannya menyebut beberapa nama mengatakan yang orang-orang pejabat Najib semua dah yakin.

Najib kemudiannya menjelaskan yang dia sebenarnya dah berikan izin untuk Azwan memberikan kenyataan supaya ia dapat berikan impak yang baik. Rosmah kemudiannya berkata…

B4E345E6 5B4F 11E9 Bbcc 84176F6Dd1E7 Image Hires 204140
Sumber: www. Scmp. Com

OK fine, tapi kenapa dorang bagi kebenaran Abu Kassim ambil gambar dengan Pak Lah. So please darling…”

Najib kemudiannya cuba menenangkan Rosmah dengan mengatakan dia dah pun menandatangani surat perlantikan Tan Sri Dzulkifli untuk menjadi pengerusi SPRM.

I tak sukalah. Darling, you ni perdana menteri, sepatutnya you yang take charge bukan orang-orang sekeliling you. Okay? 

Korang boleh dengar sendiri rakaman penuh perbualan antara Najib dan Rosmah yang berdurasi kira-kira enam minit dalam video dekat bawah ni.

Latheefa Koya kemudiannya berkata, rakaman penuh ini akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Namun dia tak menjelaskan bagaimana SPRM boleh mendapatkan rakaman-rakaman ini dan hanya berkata pasukannya dan pakar forensik telah mengesahkan yang rakaman ini adalah tulen.

Kandungan ini memang mengejutkan; ia adalah cara untuk menutup korupsi mereka. Jadi, untuk kepentingan orang ramai, kami akan dedahkan kandungan ini.”

Bagi, Najib pula, Awani melaporkan yang dia terkejut dengan pendedahan ini lebih-lebih lagi ianya rakaman semasa dia merupakan ketua kerajaan.

Najib juga meminta orang ramai untuk memberikan dia masa mendengar perbualan bagi mengesahkan butiran yang disebutkan dan dia akan meminta nasihat dari peguamnya.

 

Baca: “Untunglahhh” – Najib Beli Jam Hampir Setengah Juta Untuk Pujuk Rosmah Merajuk Sebab Holiday Dipendekkan?

Screenshot 2020 01 08 At 4.09.35 Pm