Macam yang korang tahu, Datuk Seri Najib Razak sekarang sedang menjani perbicaraan kes penyelewangan RM42 juta dana SRC International.
Menurut malaysiakini, dalam perbicaraanya semalam, Najib telah memberikan keterangan yang dia membelanjakan wang sebanyak USD130,625 (RM466,330.11) untuk membeli jam tangan mewah berjenama Chanel di Hawaii pada tahun 2014.
Najib memberi keterangan, keluarganya ketika itu kecewa kerana dia terpaksa mengakhiri percutian gara-gara banjir besar yang melanda Pantai Timur pada tahun itu.
“Dekat hari jadi isteri saya, sebab itulah mereka rasa begitu kecewa dengan keputusan saya.
“Anak saya Ashman yang bekerja di Istanbul datang ke Honolulu dan mendapati saya tak ada.”
Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk memujuk keluarga saya dan beli sesuatu yang dipilih oleh isteri saya.”
Justeru dari keterangan Najib ini, netizen meluahkan rasa tak puas hati kerana keluarga bekas perdana menteri ini merajuk sedangkan rakyat di Pantai Timur pula tengah sengsara gara-gara banjir tersebut.
Hmm, dia jujur je gais…