Dalam zaman-zaman yang boleh dikatakan serba serbi kejam ini, masih wujud nilai murni yang kita tak nampak, kita yang lihat dari jauh pun akan rasa terharu campur sebak sama seperti wanita dari Bahau, Negeri Sembilan ini yang dah usaha keras bantu selamatkan nyawa orang.
Seorang lelaki pertengahan usia tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri ketika sedang makan di sebuah restoran yang terletak di Taman Acbe pada Sabtu lepas, 12 September 2020 sekitar 3 petang.
Wanita yang merupakan seorang pelajar jurusan medik yang turut berada di kedai sama ini terus bergegas ke arah lelaki tersebut dan melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepadanya.
Pelajar tersebut terus membuat CPR sehingga ambulans sampai sebelum operasi menyelamatkan mangsa diteruskan oleh pasukan kesihatan.
Malangnya, masa mereka sampai lelaki itu disahkan meninggal dunia. Lapor WORLD OF BUZZ daripada Sin Chew Daily, mayatnya dibedah siasat sementara punca kematian masih belum diketahui.
Apa yang membuatkan rasa sebak adalah, pelajar perubatan yang berhati mulia itu menangis apabila dapat mengetahui bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia.
Perkongsian itu viral dan ramai netizen memuji ketekunan dan sikap murninya yang sedaya upaya untuk bantu menyelamatkan nyawa orang yang tidak dikenali.
Apatah lagi dengan musim-musim pandemik, wanita ini begitu berani mendekatinya untuk bantu orang-orang yang begitu memerlukan pertolongan saat waktu-waktu getir sebegitu.