in

“Berkorban nyawa” – Tak Fikir Risiko, Cucu Bagi CPR Cuba Selamatkan Nenek Dari Covid-19 Buat Kali Terakhir

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular gambar menyayat hati menunjukkan betapa agungnya kasih sayang seorang lelaki muda kepada neneknya.


Dikatakan, insiden ini berlaku di kawasan tempat letak kereta di Hospital Awam Mexico dekat Bandar Mexico. Ceritanya, lelaki muda ini sedang cuba untuk membawa neneknya ke hospital selepas wanita tua ini mula menunjukkan simptom Covid-19, lapor El Diardo de Nanchital.

Lelaki ini kemudian meninggalkan neneknya di dalam kereta untuk memanggil petugas kesihatan tapi bila dia datang balik, dia tengok neneknya dah tak sedarkan diri.

Lifetruth2

Tanpa memikirkan tentang risiko jangkitan, lelaki ini terus buat bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk menyelamatkan neneknya, namun tak membuahkan hasil…

 

Lifetruth1

Bila doktor tiba di tempat kejadian, mereka sahkan wanita malang ini telah meninggal dunia dan gambar-gambar ini dikatakan diambil oleh seorang jurugambar majalah. Pun begitu, masih belum pasti sama ada lelaki tersebut telah dijangkiti Covid-19 atau pun tidak.

Kesiannya…

 

Baca: “Korang gila ke apa?” – Nabila Huda Bengang Orang Ajak Selfie Masa Nenek Meninggal Dunia

Screenshot 2020 06 16 At 5.21.37 Pm

Sumber: EDDN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.