in

Ye Ke Hong Kong Muslim Friendly?

Hk.2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je Hong Kong dalam fikiran korang mesti macam sesuai ke orang Islam bercuti kat sana?’. Ataupun korang sendiri tak pernah pun terfikir nak pergi melancong ke sana sebab tak sure if Hong Kong tu halal-friendly. Betul tak?


Tapi korang tahu tak, Hong Kong pun sebenarnya boleh dikira sebagai destinasi percutian yang mesra muslim? Tak sangka kan?

Admin berkesempatan bercuti ke Hong Kong dan berpengalaman terokai bandar tersebut selama 4 hari 3 malam. Sudah tentunya, percutian muslim-friendly yang admin experience tu! Best tau! Berdasarkan pengalaman dan apa yang diberitahu, ni admin nak kongsi maklumat untuk korang!

1. Hotel

Kalau korang nak tahu, dekat Hong Kong ada quite a few hotel yang sediakan makanan halal dekat kafe. So, korang boleh la terus aim untuk tinggal dekat hotel mana kalau nak bercuti ke Hong Kong!

Kalau korang rasa nak feeling sikit tidur dekat hotel lima bintang, boleh menginap dekat Harbour Grand Hong Kong. Memang best, ada bilik view laut! Dengar nama pun dah tahu memang hotel mewah, tapi korang jangan risau sebab dekat Hong Kong ada je hotel bajet yang tak terlalu mahal.

Harbour 1

Harbour 3
sumber: ethos travel

Dua tempat yang paling orang recommend untuk stay kalau korang pergi Hong Kong adalah Wan Chai dan Tsim Sha Tsui. Antara hotel bajet yang berdekatan dengan makanan halal di dua kawasan tu adalah:

  • Best Western Hotel Causeway Bay
Bay 1
sumber: booking. Com
Bay 2
sumber: agoda
Bay 3
sumber: agoda

Harga: Dari RM180

Alamat: Cheung Woo Lane, Canal Road West, Causeway Bay, Wan Chai, Hong Kong

 

  • Boutique 1946 Inn

Inn 1

Inn 2

Inn 3
sumber: agoda

Harga: Dari RM128

Alamat: Unit 8A, 8/F, Majestic House, 80 Nathan Rd, Tsim Sha Tsui, Hong Kong

 

  • Homy Hotel Central

Homy 1

Homy 2

Homy 3
sumber: agoda

Harga: Dari RM139

Alamat: 105-107 Wing Lok Street, Hong Kong Central, Hong Kong

 

  • Oriental Lander Hotel
Oriental 1
sumber: agoda
Oriental 2
sumber: agoda
Oriental 3
sumber: booking. Com

Harga: Dari RM159

Alamat: 206 Tong Mi Road, Mongkok, Kowloon, Hong Kong

 

2. Masjid

Hong Kong dianggarkan mempunyai 300,000 penduduk beragama Islam. Mesti tak sangka seramai ni kan? Jadi korang semua tak perlu risau, dah tentu ada masjid untuk korang visit dan untuk tunaikan solat. Sepanjang percutian dekat sana, admin sempat melawat dua masjid berbeza iaitu:

  • Masjid Jamia

Masjid ni merupakan masjid tertua di Hong Kong yang dibina pada tahun 1849 sebelum diubah suai pada tahun 1915. Berwarna hijau dan dikelilingi rumah penduduk beragama Islam di Shelley Street, masjid ni jugak dikenali sebagai Lascar Temple.

Jamia 1

Jamia 2

 

  • Masjid Kowloon

Terletak di Nathan Road, masjid ni merupakan rumah ibadat paling besar di bandar Hong Kong. Apa yang menarik, masjid Kowloon mampu menempatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa. Seperti di Malaysia, masjid ni jugak offer makanan untuk berbuka puasa dan pada waktu raya. Kalau nak tahu, orang Hong Kong sambut raya tak makan rendang, ketupat atau nasi impit tau. Dorang makan nasi, mi atau cereals bergantung kepada pilihan individu dan keluarga.

Kowloon
sumber: wikipedia

Img 2965

Selain dua buah masjid yang admin lawat ni, masjid lain yang ada dekat Hong Kong adalah:

  1. Masjid Ammar
  2. Masjid Stanley
  3. Masjid Chai Wan
  4. Masjid Ibrahim

 

3. Restoran halal

Ni lah yang paling penting kannnn? Haha! Okay pasal makanan ni korang tak payah lah risau sangat. Memang belambak restoran and kafe yang serve makanan halal. Mostly sediakan makanan cina muslim macam nasi itik, nasi ayam, dim sum and macam macam lagi la.

Kat sini admin list kan tempat makan yang admin pergi sepanjang 4 hari dekat Hong Kong last week. Tapi sebenarnya ada banyak lagi restoran halal, korang google je!

  • Ma’s Restaurant

Kedai ni memang betul-betul tepi jalan, paling hujung dekat blok. Apa yang admin paling suka, kedai ni ada makanan pedas-pedas! Maklumlah tekak Melayu mesti nak pedas kannn…

Ma 2
sumber: instagram
Ma 3
sumber: instagram

 

  • Wai Kee

Restoran ni famous dengan nasi itik dorang! Bukan takat famous among penduduk setempat je, memang pelancong pun akan cari kedai ni kalau pergi Hong Kong. Kalau taknak nasi itik, nasi ayam pun ada!

Ayam

Img 2868

 

  • Islamic Centre Canteen

Kalau yang ni, dorang memang famous for their dim sum. Sedap wehhh admin dah rasa. Selain dim sum, dorang ada jugak makanan-makanan lain macam mi, nasi goreng or even lauk pauk. Dekat sini juga ada disediakan ruangan solat yang luas dan selesa.

Canteen 2
sumber: instagram
Canteen 1
sumber: instagram

 

  • Chrisly Inn

Terkenal dengan Pineapple Bun, kedai ni katanya dimiliki oleh seorang selebriti. So basically, roti tu rasa macam Roti Boy tuuuu. Memang sedap sebab lembut gilaaaa roti dia! Selain tu makanan lain yang famous dekat sini adalah Egg Tart dengan Wife Cake.

Whatsapp Image 2018 05 08 At 18.31.25

Whatsapp Image 2018 05 08 At 18.31.25 1

 

4. Tarikan pelancong

Selalu kalau pergi travel, mestilah orang akan pergi tempat main attractions kan? Dekat Hong Kong ni memang banyak tarikan untuk pelancong. Ada aktiviti menarik and ada untuk korang berjalan rasai suasana and pengalaman bercuti macam orang tempatan. Antara aktiviti yang korang boleh buat:

  • Disneyland Park

Tempat ni memang best especially if korang peminat filem Disney. Tempat ni kalau nak pusing memang kena spend seharian dekat sini sebab ada banyakkk attractions and rides untuk korang enjoy! Siapa bercuti bawak anak tuuuu, sesuai sangatlah datang sini.

Disneyland
sumber: flickr

Whatsapp Image 2018 05 08 At 10.17.32 1

Disneyland 2

 

  • Ocean Park

Okay ni tempat untuk korang cabar adrenaline masing-masing. Ada macam-macam jenis roller coaster and fun rides yang lain. Apa yang admin suka, tempat ni dekat celahan gunung ganang tau. So, suasana dia memang sejuk and seronok berjalan, takde lah berpeluh-peluh! Selain rides, dekat sini ada jugak tarikan untuk korang tengok dan bermesra dengan macam-macam jenis haiwan!

Ocean 1

Roller 1

Roller

 

  • Old Town Central

Kalau nak tangkap gambar street yang menarik, ada art dekat dinding haaa kena jalan area sini. Kira macam kalau datang sini memang banyak spot tangkap gambar hipster! Selain tu dekat area ni ada banyak kedai barangan antik.

Img 2906

Art 1

 

  • SKY100

Kalau rasa nak tengok pemandangan Hong Kong dari setiap sudut, boleh datang experience dekat bangunan paling tinggi in Hong Kong ni. Daripada tingkat 100, korang boleh nampak view bandar Hong Kong dari timur, utara, barat dan selatan. Jangan risau, dekat sini ada surau, walaupun tak besar tapi kemas and bersih.

Sky 100

Whatsapp Image 2018 05 07 At 19.07.52

Img 2932

 

  • Observation Wheel

Ketinggian wheel ni is 6 meter dan korang akan rasai pengalaman naik selama 20 minit dengan pemandangan 360 darjah. Memang best walaupun admin ni gayat orangnya… Haha!

Observation

Observation 1
sumber: hkfp

 

  • Ocean Terminal Deck 

Tempat ni dekat Harbour City and orang datang untuk tengok pertunjukan lampu-lampu across the sea yang diberi nama Symphony of Light, bermula jam 8 malam setiap hari.

Hong Kong Gif

 

5. Hiking & Cycling

Agak-agak kalau hiking atau cycling dalam keadaan cuaca tak panas dalam 28 degree celcius best tak? Kalau nak merasa tengok sunset pun boleh! Nak tahu, boleh try dekat Hong Kong ni! Antara yang famous:

  • Lai Sam Ancient Trail
  • Bride’s Pool
  • Tai Mo Shan Lookout
  • Sunset Peak & Yi Tung Shan
  • Tai Mo San Road
  • Tolo Harbour Cycling Track
  • Pak Shek Kok Promenade
Tai 1
Tai mo shan road | sumber: blog
Lookout 1
Tai mo shan lookout | sumber: timeout

 

6. Shopping

Kalau korang suka shopping and selalu teruja tengok barang lawa dan murah-murah, ni tempat-tempat korang patut pergi!

  • Electronic Street @ Ap Liu Street
Electronic 1
sumber: i love hk
  • Toy Street @ Tai Yuen Street
Toy
sumber: timeout
  • Beads Street @ Yu Chau Street
  • Fabric Market @ Ki Lung Street / Tai Nan Street

Img 29881

Img 29921

Img 2998

  • Ladies Market @ Tung Choi Street

Whatsapp Image 2018 05 08 At 10.12.45

Whatsapp Image 2018 05 08 At 10.12.44

 

7. Attraction lain

  • Madame Tussauds
Tussauds 1
sumber: liburan
Tussauds 2
sumber: photonic yatra
  • Trick Eye Museum
Trick 1
sumber: blog
Trick 2
sumber: blog
Trick 3
sumber: timeout

Selain apa yang admin senaraikan dekat atas ni, ada beberapa perkara lain admin nak kongsi dengan korang. Antaranya:

  • Penduduk Hong Kong tak pandang orang Islam ‘semacam’. So, bila berjalan-jalan dekat bandar tu basically takde rasa macam tak selesa sebab kena pandang pelik ke apa.
  • Cuaca memang best, tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Bila berjalan takde cepat rasa penat atau berpeluh.
  • Penduduk Hong Kong patuhi undang-undang. Contoh: Hanya melintas dekat zebra crossing dan tunggu lampu isyarat betul-betul merah walaupun jalan lengang.

Hong Kong

Overall, admin enjoy and had fun dekat sana walaupun sekejap! So, korang dah boleh dah plan untuk pergi Hong Kong lepas ni!

Baca: 5 Sebab Kenapa Travel Ramai-ramai Lagi Seronok dan Havoc

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.