“Yang pregnant minta berjaga-jaga” – Pakcik Kantoi Ambil Gambar Wanita Mengandung Dalam Mall

Tambah ke Sumber Pilihan
“Yang pregnant minta berjaga-jaga” – Pakcik Kantoi Ambil Gambar Wanita Mengandung Dalam Mall

Jika pedofilia merujuk kepada golongan penjenayah yang kemaruk melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak, preggophilia pula adalah satu keadaan di mana seseorang itu tertarik kepada badan wanita mengandung secara seksual.

Tular sebuah video di TikTok, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila diekori seorang lelaki tua ketika berada di sebuah pusat membeli-belah bersama keluarganya.


Menurut wanita itu, dia berasa tidak sedap hati apabila diekori oleh lelaki tersebut dan memberitahu hal itu kepada suaminya.

Artikel berkaitan: “Trauma dah aku nak healing sorang” – Pemuda Dikacau Oleh Lelaki ‘Pervert’ Ajak Buat Benda Bukan-bukan

Artikel berkaitan: “Padahal aku pakai jubah kot” – YouTuber Famous Dedah Pengalaman Diekori Lelaki Pervert

“Mula perasan pakcik ni ikut saya dan sentiasa ada di sekeliling, sambil pegang telefon sama macam dalam video seolah-olah sedang merekod,” katanya.

Suaminya kemudian bertindak menahan lelaki tua itu dan meminta untuk melihat kandungan telefon pintar miliknya.

Apabila diperiksa, mereka terkejut apabila mendapati galeri foto dalam telefon pintar lelaki tua itu dipenuhi dengan gambar wanita mengandung.

“Alangkah terkejutnya tengok gambar saya memang ada dalam telefon bimbit pakcik ni, tolong hati-hati semua kaum ibu.

“Saya yang pakai jubah pun boleh terkena, padahal keluar dengan suami, rasa tak selamat sangat,” katanya.

Susulan kejadian itu, dia mengakui trauma dan sudah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Masih trauma dan takut, semalam pun menggigil dan menangis, dekat sana juga kami buat laporan polis, tak sangka jadi dekat diri sendiri,” katanya lagi.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya mengecam tindakan jijik lelaki tua tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi cerita pernah mengalami situasi sedemikian.

Screenshot 2023 10 24 172707 Screenshot 2023 10 24 172734

Harap si pelaku dikenakan tindakan sewajarnya!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Yang pregnant minta berjaga-jaga” – Pakcik Kantoi Ambil Gambar Wanita Mengandung Dalam Mall
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/yang-pregnant-minta-berjaga-jaga-pakcik-kantoi-ambil-gambar-wanita-mengandung-dalam-mall/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM