“Yang kita takuti sudah sampai” – Kes COVID 19 Varian UK B117 Dikesan Di Malaysia, Pesakit Merupakan Pelajar Umur 22 Tahun

Tambah ke Sumber Pilihan
“Yang kita takuti sudah sampai” – Kes COVID 19 Varian UK B117 Dikesan Di Malaysia, Pesakit Merupakan Pelajar Umur 22 Tahun

Nampaknya mimpi ngeri sudah bermula dan kita dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati kerana satu kes COVID 19 varian UK B117 telah dikesan di Malaysia hari ini.

Menurut Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebooknya berkata, kes itu dilaporkan berasal dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom (UK) pada Disember lepas. 


“Pengembara ini didapati positif pada 28 Disember lalu dan (sudah) diasingkan untuk rawatan lanjut.

“Sejak Oktober 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara yang melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

“Sebanyak 968 sampel diuji sejak Oktober lalu dan melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, setakat 11 Januari, tiada penularan dalam negara yang dikesan berkaitan dengan virus mutasi UK B117 itu.

670643Sumber: Sinar Harian

KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, ia boleh menular dengan mudah dan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menasihati orang ramai untuk amalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.

Semoga kita sentiasa dilindungi-Nya. 

Baca: “1 dah meninggal” – 16 Orang Sekeluarga Dari Johor Dijangkiti COVID 19 Selepas Pulang Bercuti Dari Lembah Klang

Covid

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Yang kita takuti sudah sampai” – Kes COVID 19 Varian UK B117 Dikesan Di Malaysia, Pesakit Merupakan Pelajar Umur 22 Tahun
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/yang-kita-takuti-sudah-sampai-kes-covid-19-varian-uk-b117-dikesan-di-malaysia-pesakit-merupakan-pelajar-umur-22-tahun/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM