in

“Yang cerai tu betul, yang lain fitnah!” – Da’i Farhan Mengaku Ceraikan Isteri Pertama Tapi Nafi Lakukan Kekerasan

Daiisteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sejak malam semalam isu Da’i Farhan kononnya telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin melalui voice note aplikasi WhatsApp. Berita itu telah disampaikan sendiri oleh seorang peguam bernama Asiah Abd Jalil di Facebook.



Bbabn
sumber: facebook

Setelah ramai di kalangan netizen berteka-teki, Da’i Farhan hari ini melalui mStar telah mengesahkan khabar angin tersebut dan mengaku dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

 

“Ustaz ceraikan dia dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa)” 

Menurut Da’i Farhan, dia mengakui sudah ceraikan Fatin melalui aplikasi WhatsApp tengah hari semalam (Selasa) namun, hal lain seperti memukul dan mengurung Fatin merupakan satu fitnah.

“Yang cerai tu betul… ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” katanya.

Img 1448 Copy
sumber: blogspot

Pada masa yang sama Ustaz Nik Farhan juga berkata, dia tidak berada di luar negara seperti yang didakwa peguam Asiah Abd Jalil.

Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang cerai tu betul yang (tuduhan) lain fitnah,” kata Da’i Farhan lagi.

Da’i Farhan juga enggan mengulas lanjut mengenai punca mengapa ceraikan isteri pertamanya tu.

 

Fatin kini di mahkamah urus kes penceraian

Rakaman suara lafaz cerai tu juga katanya telah viral di media sosial (maaf min tak jumpa lagi rakamannya) dan ia antaranya berbunyi,

“Jadi dengan nama Allah, Bismillahirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu” 

Dai Farhan
sumber: blog

Dalam pada itu, menurut sumber terdekat, Fatin kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu untuk uruskan kes penceraian tersebut.

Kita doakan yang terbaik buat mereka ya. 

Baca: “Daie tak daie, perangai tu tetap keji” – Netizen Pakat Hentam Lepas Tau Daie Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Featured 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.