“Ya Allah takotnyaaa” – Ombak Kuat Badai Feri Terengganu Ke Pulau Redang Undang Cemas, Penumpang Disuruh Mengucap

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam musim banjir ini, seperti semua sedia maklum, pulau-pulau di Pantai Timur telah ditutup oleh sebab gelombang di laut mengganas setiap kali tibanya musim tengkujuh.

Badai ombak ini bukan perkara kecil ye gais, macam contoh seperti apa yang berlaku kepada penumpang feri dari Terengganu ke Pulau Redang baru-baru ni yang viral dalam rakaman video di Facebook

 

Feri terhuyung-hayang dibadai ombak, penumpang disuruh mengucap

Menerusi video perkongsian netizen tersebut, sebuah feri yang katanya dari Terengganu menuju ke Pulau Redang ni berada dalam keadaan mencemaskan apabila ia dihempas ombak kuat hingga menyebabkan pengangkutan tersebut terumbang-ambing di tengah laut. 

Akibat dari kejadian tu, penumpang dalam feri tersebut didengari menjerit ketakutan dan ada juga individu di dalam feri tu meminta penumpang lain mengucap dua kali syahadah selain bertenang menghadapi badai tersebut.

Semoga kita dalam lindungan Allah.Feri dari terengganu ke pulau redang.

Posted by Yana Rosde on Monday, December 2, 2019

 

Jelas kelihatan juga kat video tersebut, air laut yang menghentam feri di tingkap kaca pengangkutan tu. Haish takutnyaa! 

 

“Kami ni orang PULAU REDANG bukan nak gi melancong, terpaksa naik feri untuk cari makanan dapur” 

Meskipun video ini mendapat pelbagai komen menginsafkan daripada netizen, ada juga sebilangan daripadanya mengecam dengan alasan mengapa pergi bercuti ke pulau tersebut walhal sudah tahu musim tengkujuh memang kejadian seperti ini berlaku.

Sumber: Facebook

Namun pemilik video kemudian kembali menjelaskan situasi sebenar di bahagian komen yang penduduk Pulau Redang terpaksa menaiki feri dan meredah laut kerana mereka perlu ke Terengganu untuk mencari sumber makanan di sana. 

Bukan saja-saja ye naik feri tu. Sebab tulah pentingnya kita berhusnudzon. 

Sumber: Facebook

 

“Semoga dilindungi Allah” 

Apa-apapun rata-rata netizen lain mendoakan semoga penumpang dan penduduk di Pulau Redang dalam keadaan selamat hendaknya.

Sumber: Facebook

Baca: “Not all heroes wear capes” – Usaha Dua Lelaki Bantu Redakan Banjir Di KL Dapat Pujian Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!