in

“Ya Allah mengalir air mata”- [VIDEO] Imam Mekah Cakap Bahasa Melayu, Doakan Rakyat M’sia Selamat Dari Covid-19

Fetured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga semalam Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 3,116 kes dengan jumlah kematian sebanyak 50 kes.


Meskipun negara mencatatkan angka pulih yang semakin meningkat, rakyat tetap cemas dengan wabak Covid-19 yang saban hari pasti ada bilangan kes yang dicatatkan dan kematian yang direkodkan.

Pelbagai usaha dilakukan bagi menangani wabak tersebut.

 

Imam Mekah bacakan doa buat rakyat Malaysia!

Terbaru, viral di media sosial video seorang Imam di Mekah membacakan doa kepada rakyat Malaysia supaya dijauhi dari virus tersebut.

Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani yang sering mengimamkan solat pada bulan Ramadhan di negara ini kelihatan cukup khusyuk membacakan doa buat rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan musibah Covid-19.

Lebih mengharukan dalam video tersebut, Imam Al Hafiz Mohammad Sharif turut bercakap dalam Bahasa Melayu sebelum membacakan doa, dan selepas membacakan doa beliau turut berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan rakyat negara ini dalam menangani wabak Covid-19.

Rata-rata netizen terharu selepas mendengarkan bacaan doa daripada Imam Al Hafiz Mohammad Sharif selain turut bersama-sama berharap agar wabak ini segera berakhir.

9

10

 

Ya Allah semoga Covid-19 segera berakhir dan kami dapat menyambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan gembira bersama keluarga dan saudara-mara…Amin

Baca : Kiamat pasti berlaku tapi hadis pasal Dukhon (asap) pada 15 Ramadhan ini PALSU!- PU Azman

Feat 3

 

Sumber: facebook
Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.