“Wow tak pakai glove, cap jari bersepah” – Macam Rambo, Perompak Selamba Bawa Senapang Pecah Kedai Emas Di Mydin Kedah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nampaknya penjenayah sekarang makin lama makin berani pulak membuat kejahatan mereka secara terang-terangan.

Baru-baru ni, kejadian rompakan telah berlaku di sebuah kedai emas dalam Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar. Rakaman rompakan ‘ala rambo’ ni dah viral di Twitter.

 

“Selamba saja perompak buat kerja seorang diri macam Rambo” 

Menurut perkongsian tersebut, video berkenaan pada mulanya menunjukkan dua orang pekerja perempuan sedang duduk di belakang kedai. Tiba-tiba masuk seorang lelaki memakai helmet dengan membawa sebuah beg galas.

Lelaki yang merupakan suspek tu kemudian mengeluarkan senapang pendeknya dan menggalas ia ke bahu sebelum memecahkan cermin yang menyimpan barang kemas terbabit berkali-kali. Dua pekerja perempuan kat kedai emas tu apa lagi, mencicit lah lari! Gilalah! 

 

“Ramai tau orang masa tu, tapi semua tak buat apa-apa since dia ada senapang and kapak” 

Selain daripada video kat atas ni, ada lagi video lain daripada rakaman netizen yang berada di tempat kejadian.

Video ini ada banyak angle, tapi yang agak mengejutkannya, ramai je public kat kawasan sekeliling cuma tak ada seorang pun yang berani menghalang sebab suspek bawa senapang dan kapak. Patutlah dia chill je buat kerja! 

 

“Tak ada security ke situ. Rilex je mamat tu buat kerja solo solo” 

Rata-rata netizen yang melihat kejadian terbabit memang terkejut habislah sebab tak ada seorang pun yang datang menghentikan keadaan. Malah agak pelik sebab tak ada security pun berkawal di kawasan tu.

Netizen juga menganggap perompak mungkin seorang amatur sebab dia tak pakai sarung tangan dan cara dia nak sarung senapang ke bahu tu pun nampak teragak-agak. Boleh jadi ini first time dia merompak kot.

Sumber: Twitter

Apa-apapun harapnya perompak ni dapat ditangkap cepatlah ye. 

Baca: “Yang lagi sorang tu tahu pun takut” – Wanita Hamil 8 Bulan Tembak Mati Lelaki Yang Rompak Rumahnya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!