Sekarang ini kegembiraan yang paling bermakna adalah, bila negara kita diisytiharkan bebas dari jangkitan Covid-19. PKP sudah tidak dilaksanakan, masuk pejabat seperti biasa, dan paling seronok dapat berjalan-jalan ke sana kesini kan?
Sebelum ini kegembiraan ‘kebebasan’ itu dirasai oleh penduduk Wuhan, kini dilaporkan Hanoi, Vietnam pula yang akan merasakan kebebasan tersebut.
Melalui perkongsian di Twitter, seorang rakyat Vietnam ada memuatnaik IG Story menceritakan keadaan bandar Hanoi sudah tamatkan ‘sosial distancing‘. Katanya perkara ini terjadi selepas Vietnam mencatatkan tiada rekod baru positif covid-19 dalam masa 8 hari berturut-turut.
Difahamkan bilangan keseluruhan covid-19 di Vietnam hanya 268 kes dan tiada langsung bilangan kes kematian. Wow!!
Di ruangan komen posting itu, ada netizen di Vietnam menceritakan bahawa kejayaan ini disebabkan negara yang mementingkan kesihatan dan rakyat yang disiplin.
Malah Instagram Hanoi Capital, ada memuat naik tentang kerinduan mereka pada pelancong yang tidak melawat bandar itu disebabkan wabak Covid-19 ini.
Min harap suatu hari nanti kita pula yang rasakan kegembiraan ini. Amin..