in

“Wow, ada Barbie doll” – Netizen Tumpang Gembira Tengok Anak Patung ‘Custom Made’ Farah Ann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut pasal mainan anak patung, pasti kita akan terbayang Barbie doll. Permainan yang sangat sinonim dengan kaum hawa memang tak perlu diperkenalkan lagi.


Baru-baru ini, Barbie telah bekerjasama dengan atlet gimnastik kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi untuk menghasilkan figura anak patung seperti atlet tersebut. Korang boleh tengok gambar Barbie doll tersebut di Instagram @farahann94 kat bawah ni.

 

Wow, ada Barbie Doll

Gambar Farah Ann di akaun Instagram miliknya itu telah mencecah sehingga 35,000 sukaan. Menurutnya, kerjasama antara beliau dan Barbie Doll ini adalah untuk kempen ‘You Can Be Anything’ untuk memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.

Rata-rata netizen turut tumpang berbangga dengan penghasilan anak patung custom made ini, apatah lagi dengan jenama Barbie kan.

Boleh dikatakan hampir kesemua netizen yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Farah Ann. Tak kurang juga yang bertanya cara untuk mendapatkan anak patung tersebut. Nak buat koleksi kot.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Farah Ann atas kolaborasi bersama Barbie ini.

 

Baca: “Hormati pilihan wira dan wirawati kita. Jangan ganggu mereka!” – Bro Saddiq Bidas-PAS Terengganu Suruh Atlet Tutup Aurat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.