in

WhatsApp Kini Dibenarkan ‘Edit’ Mesej Yang Dah Dihantar Tapi Dalam Masa 15 Minit Sahaja!

Ft Whatsapp Edit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai di antara kita yang selalu typo ataupun tersalah send mesej dekat WhatsApp kan? Kadang-kadang ada juga dalam kalangan kita yang berasa malu dengan mesej yang telah dihantar.


Baru-baru ini, aplikasi WhatsApp telah mengemas kini ciri baru untuk meningkatkan kadar efisiennya serta memudahkan penggunanya. Dengar cerita WhatsApp ada ciri baru yang menarik?

WhatsApp dah boleh edit mesej yang dah dihantar?

129837085 F46Af221921B9B965194B8F638F605003E571Ead.jpg

WhatsApp kini membenarkan pengguna untuk edit mesej yang telah dihantar atau memperbetulkan mesej yang telah dikirim oleh mereka.

Fungsi ini turut membolehkan pengguna untuk mengubah teks, mengganti perkataan atau menambah maklumat baru dalam mesej yang telah dihantar. Lepas ni kurang la typo ataupun tersilap send kan?

Edit mesej tidak akan dapat notifikasi

Image 438 1024X577 1

Dalam pada itu, sumber melaporkan bahawa proses penyuntingan ini juga tidak akan meninggalkan pemberitahuan ataupun notifikasi kepada penerima mesej tentang perubahan yang telah dibuat.

Perkara ini membuatkan rata-rata pengguna berasa tertarik lagi-lagi kepada mereka yang sering membuat kesalahan ejaan atau tersalah maklumat dalam mesej.

Fungsi ini dapat memberi fleksibiliti dan kemudahan yang amat besar kepada pengguna, namun WhatsApp mengingatkan pengguna agar menggunakan fungsi ini dengan teliti dan bertanggungjawab.

Boleh edit dalam masa 15 minit lepas mesej dihantar je?

Image 439 1024X576 1

Namun, difahamkan pengguna haruslah membuat penyuntingan mesej dalam masa 15 minit selepas mesej itu dihantar dan selepas jangka masa yang ditetapkan mesej itu tidak lagi boleh disunting.

Penambahan fungsi ini membuatkan pengguna WhatsApp berasa mereka mempunyai lebih kawalan ke atas mesej yang hendak dikirimkan melalui aplikasi tersebut.

Fuh! Lepasni boleh la confess dekat crush kalau kena reject boleh edit mesej tu. hehe

Sumber : Sinarplus, BBC, TheGuardian

Baca : “Mudah sampaikan maklumat berbanding notis” – TH Wujudkan Group WhatsApp Bagi Jemaah Haji 2023

Kumpulan Whatsapp Jemaah Haji 2023 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.