in

“Mudah sampaikan maklumat berbanding notis” – TH Wujudkan Group WhatsApp Bagi Jemaah Haji 2023

Kumpulan Whatsapp Jemaah Haji 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi inisiatif baharu telah diperkenalkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) tahun ini bagi menyalurkan maklumat penting secara tepat dan pantas kepada para jemaah di Tanah Suci bagi musim haji 2023 iaitu mewujudkan kumpulan WhatsApp yang akan membabitkan kesemua jemaah.


Menurut Pengarah Operasi Madinah bagi Musim Haji 1444H/2023, Ashrof Shamsuddin berkata, kumpulan atau group dalam aplikasi WhatsApp berkenaan akan diberikan mengikut kumpulan penerbangan (KT) masing-masing.

Para jemaah yang terlibat akan dikehendaki untuk mengimbas kod QR yang disediakan oleh TH mengikut kumpulan penerbangan di stesen berlepas tanah air dan jemaah akan memasuki kumpulan WhatsApp masing-masing secara automatik.

Untitled Design 2023 05 19T113739.029

Tambahnya lagi, semua jemaah dimestikan menyertai kumpulan WhatsApp masing-masing mengikut KT agar mereka mengetahui pelbagai maklumat terkini pada setiap peringkat sepanjang berada di Tanah Suci kelak.

Selain itu, inisiatif mewujudkan kumpulan WhatsApp ini dilaksanakan kerana dalam dunia digital dan data sekarang ini, maklumat yang pantas dan tepat kepada semua jemaah haji perlu disalurkan.

Menurut Ashrof lagi, banyak maklumat akan disalurkan oleh TH dari semasa ke semasa di Tanah Suci nanti. Sebagai contoh, setibanya para jemaah di Tanah Suci, mereka akan ditempatkan di bangunan penginapan atau hotel yang telah ditentukan.

Kt Akhir

Jadi, di Madinah, aktiviti dan segara pergerakan jemaah haji akan dijadualkan mengikut kumpulan penerbangan masing-masing dan pastinya ia adalah berbeza dengan kumpulan lain.

Justeru, dengan adanya kumpulan WhatsApp ini, maklumat yang tepat dapat dikeluarkan kepada kumpulan sasar atau jemaah haji yang berada dalam KT yang terlibat sahaja. Ini adalah lebih mudah dan memberikan manfaat selain mengelakkan kekeliruan kepada KT lain.

Tambahnya, sebelum ini, segala maklumat akan disampaikan melalui notis yang akan ditampal, ini akan menyebabkan sesetengah jemaah yang tidak melalui kawasan notis ditampal akan terlepas maklumat yang ingin disampaikan tersebut.

Dalam masa yang sama, dengan adanya kumpulan WhatsApp ini, para jemaah setidaknya boleh saling mengingatkan atau memberitahu rakan sebilik mengenai maklumat dalam kumpulan WhatsApp mereka.

20621946 1535828046478388 2415192333463258393 N

Beliau memaklumkan apabila jemaah haji tiba di Madinah, pengurusan TH di sini akan menjadi pentadbir (admin) kumpulan WhatsApp itu, sebelum ia digantikan pihak di Makkah pula bagi kumpulan WhatsApp sama apabila para jemaah terbabit bergerak ke sana.

Jadi, yang hanya bertukar adalah pentadbir kumpulan manakala jemaah haji sama akan kekal berada dalam sesebuah kumpulan WhatsApp berkenaan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kumpulan WhatsApp itu hanya untuk pentadbir daripada pihak TH menyalurkan maklumat, dan ia tidak membabitkan ‘chat’ soal dan jawab dengan jemaah haji.

Menerusi perbualan telefon dengan pegawai TH, difahamkan para jemaah perlu membeli kad sim di lapangan terbang setibanya di Tanah Suci nanti bagi membolehkan mereka mendapatkan liputan internet.

Selain itu, min cuba dapatkan maklumat sekiranya notis masih akan ditampal walaupun sudah ada kumpulan WhatsApp, namun pegawai (di Malaysia) memaklumkan yang mereka tidak pasti cara atau kaedah lain yang bakal digunakan para petugas di Tanah Suci nanti.

Baca : “Paling rendah 53 Ribu” – Pakej Haji Swasta Cecah RM170 Ribu Seorang

Harga Haji Swasta

Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.