in

“Weh nak nangis baca” – Suami Buta Terpaksa Jual Lemang Setiap Hari Sebab Nak Pakai Duit Untuk Isteri Sakit

Pakcik Buta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana sayang, kita sanggup buat apa sahaja demi insan yang kita cintai tu kan? Itulah yang dilakukan seorang lelaki buta dari Thailand bernama Yom Homhuan ini yang membanting tulang setiap hari demi mendapatkan wang.


Menurut WORLD OF BUZZ, Yom, 67, sudah berniaga lemang bertahun lamanya demi untuk membantu isterinya yang sakit. Setiap Jumaat Yom akan order lemang daripada orang di kampung untuk tambah stock.

Pakcik4
sumber: wob

Yom akan letak lemang tu dalam bakul dan diikatkan dekat belakang basikal sebelum dijual dekat bawah pokok di depan kuil Khao Ta Krao di daerah Phetchaburi pada hujung minggu. Disebabkan buta, Yom akan ikut pemandu trak setiap hari yang akan turunkan dia dekat luar kuil tu.

Disebabkan keadaannya yang buta, Yom akan menggunakan megaphone untuk cuba tarik perhatian orang ramai supaya beli lemang yang dijual agar dia dapat duit untuk membeli ubat buat isterinya berusia 98 tahun. Pasangan ini tidak mempunyai anak dan isteri Yom mempunyai kencing manis dan tekanan darah tinggi, jadi Yom harus menjaganya.

Pakcik1
sumber: wob

Menurut Yom dia tidak buta sejak lahir tapi disebabkan kemalangan ketika dia masih kecil. Masa tu dia ikut ibu dia pergi padang dan seekor kerbau menendangnya. Kata Yom dia dan isterinya sangat miskin tetapi dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang demi membayar caj perubatan isterinya itu.

Walaupun miskin tapi Yom tidak kedekut dan sangat pemurah. Kalau ada lebihan lemang yang tak terjual, Yom akan beri makan pada monyet di sekitar kawasan kuil. Bukan tu je, kalau ada apa apa acara di kampung, Yom akan sedekahkan lemang kepada semua orang yang hadir.

Pakcik3

Pakcik2
sumber: wob

Sedih pula admin baca nasib Yom dan isteri dia…

Baca: “Mak takde…” – Lelaki ‘Dress Up’ Jadi Perempuan, Pinjam Rambut Palsu Jiran & Baju Nenek Rupa-rupanya Sebab…

Page 88

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.