“Weh aku terharu” – Netizen ‘Tabik’ Tindakan Abang Ini Tolong Bagi Laluan Untuk Bomba

Tambah ke Sumber Pilihan
“Weh aku terharu” –  Netizen ‘Tabik’ Tindakan Abang Ini Tolong Bagi Laluan Untuk Bomba

Apabila memandu di jalan raya, kadang kala ada masanya kita akan bertembung dengan kenderaan kecemasan seperti bomba atau ambulans.

Terbaru, seorang individu lelaki mendapat pujian daripada netizen apabila dia mempamerkan tindakan yang berani dengan membantu memberikan laluan untuk sebuah jentera bomba yang sedang dalam kecemasan.


Artikel berkaitan: “Tahniah doktor!” –  Doktor Malaysia Rawat Pesakit Kecemasan Dalam Pesawat Ke Doha Raih Pujian Netizen

Artikel berkaitan: “Sensitif tapi penting” –  Bomba Saran Orang Ramai Kenakan Pakaian Renang Yang Betul

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan turun daripada motosikalnya dan membantu mengarahkan kenderaan lain untuk memberikan laluan kepada kenderaan bomba itu.

Video yang dikongsikan oleh @eklinamit_ di TikTok yang berdurasi seminit itu mendapat perhatian netizen, menjengah ke ruangan komen ada yang berkata individu dikenali sebagai Sazaril itu merupakan seorang anggota polis trafik namun informasi itu tidak dapat disahkan.

“Aku sebak pulak tengok video ni”

Tindakan abang itu sudah pastinya telah memudahkan kerja-kerja kecemasan, selain berasa kagum dengan tindakan abang itu netizen turut meluahkan rasa sebak selepas menonton video pendek itu.

Cats 59

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun menerima lebih 2 juta tontonan serta lebih 7k komen.

Semoga abang ini dipermudahkan urusan sentiasa!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Weh aku terharu” – Netizen ‘Tabik’ Tindakan Abang Ini Tolong Bagi Laluan Untuk Bomba
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/weh-aku-terharu-netizen-tabik-tindakan-abang-ini-tolong-bagi-laluan-untuk-bomba/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM