Bagi mereka yang lahir tahun 80-an atau 90-an, pasti mengenali wartawan otai yang terkenal dengan gaya penyampaian berpantun ketika membuat laporan berita di televisyen iaitu Datuk Karam Singh Walia.
Bila sebut nama bekas wartawan TV3 ini, pasti ramai teringat akan gaya tangannya yang unik setiap kali membuat liputan di lokasi kejadian.
Karam Singh Walia berpantun
Perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini telah meraih perhatian ramai yang begitu teruja melihat aksi berpantun beliau dengan imej terkininya.
Artikel berkaitan: “Selamat bersara abe ajis” – Pernah Viral, Wartawan Dedah Siapa Gerangan ‘Abe Aziz Jatuh Bok’
Artikel berkaitan: “Terbaik Husna!” – Netizen Kagum Wartawan China Fasih Temuramah TPM Dalam Bahasa Melayu
Menerusi video di TikTok @justmimyyy, Karam dirakam berpantun sambil duduk disisi Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
“Dari bukit sampai ke gunung, marilah kita jangan termenung, sampai satu hari nanti kita tenung, janjikanlah apa yang perlu dibuat sampai habis pahlawan direnung,” katanya.
@justmimyyy Siapa masih ingat legenda wartawan negara ni? #karamsinghwalia #wartawan #journalist
“Dulu tengok berita tunggu part dia”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja kerana dapat mendengar semula pantun dari wartawan legenda ini. Ada yang berkongsi masih mengingati peribahasa yang pernah diucapkan oleh beliau.
Difahamkan, Karam menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA yang disampaikan oleh Teo Nie Ching di kediamannya di Taman Sri Andalas.
Pantun Karam Singh Walia apa yang korang masih ingat lagi?
Sumber: TikTok