in

“Selamat bersara abe ajis” – Pernah Viral, Wartawan Dedah Siapa Gerangan ‘Abe Aziz Jatuh Bok’

Aziz10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun lepas sehingga kini, netizen masih terhibur apabila melihat satu video daripada seorang wartawan TV3 Mohd Ishak Abdillah Ngah atau lebih mesra dengan gelaran ‘Abe Aziz jatuh bok’ di mata warga maya.



Ketika itu, Mohd Ishak sedang membuat liputan mengenai kejadian bencana banjir di Kampung Merbau Menyusut Setiu, Terengganu, sedang dalam rakaman ketika melaporkan tempat tersebut, tiba-tiba Mohd Ishak melatah apabila salah seorang jurukameranya terjatuh dari bot.

Kalau-kalau ada yang tertinggal bas, meh sini min tunjuk.

 

Allahuakbar Abe Aziz jatuh bok”

Insiden lucu itu jadi viral di mana-mana platform media sosial sekalipun sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai meme.

Biasanya ramai yang terlalu fokuskan kepada Mohd Ishak punya reaksi kan? Tapi pernah tak terfikir siapalah gerangan ‘Abe Aziz’ tu?

Selepas beberapa tahun, hari ini akhirnya Mohd Ishak mendedahkannya di akaun Twitter miliknya. Peka dengan segala parodi-parodi yang dibuat netizen, Mohd Ishak terkenang insiden dekat ‘Abe Aziz’ itu, nama sebenarnya adalah Hj.Aziz Abdullah, pada 2 Jun lepas, Mohd Ishak mengumumkan bahawa Hj. Aziz akan bersara selepas 26 tahun berkhidmat di TV3.

Tarikh persaraan Hj. Aziz itu pada 18 Jun 2021 (hari ini), disebabkan itu Mohd Ishak hari ini dedahkan gerangan sebenar Abang Aziz yang dimaksudkan.

Meraih lebih daripada 2,200 jumlah retweets, ramai netizen memberikan sokongan moral dengan mengucapkan selamat bersara kepada Hj. Aziz.

 

Ni rupanya Abe Aziz – Netizen

Aziz7 Aziz6 Aziz5 Aziz4 Aziz3 Aziz2 Aziz

Persoalan dah terjawab, mungkin ini satu perkara yang agak menyedihkan buat Mohd Ishak selepas 11 tahun bekerja bersama Hj Aziz, apapun kami dari Team Lobak Merah juga mengucapkan selamat bersara kepada Hj Aziz.

 

Baca : “Kuat menolong orang kampung” – Remaja Harungi Banjir di Kampung Dipercayai Lemas Lepas Terjatuh Dari Perahu

Hero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.