in

Warga Emas Umur 65 Tahun Duduki Peperiksaan SPM, Nak Buktikan Usia Bukan Penghalang Untuk Berjaya!

Spm3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun usia sudah menjangkau pertengahan 60-an, ia bukan penghalang buat Salman Ahmad untuk menuntut ilmu. Semalam, buat pertama kali dalam hidupnya, Salman menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Salman adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16,554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan itu.

 

Usia hanyalah sekadar nombor

Spm

Menerusi Bernama, bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia yang telah bersara pada 2012 ini berhasrat untuk membuktikan kepada masyarakat terutamanya golongan muda bahawa menimba ilmu dan memperoleh kejayaan tak mengenal usia.

“Dulu saya ambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) pada 1973, semua subjek dalam Bahasa Inggeris. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara dalam bidang Pentadbiran Awam. Sekarang saya ingin cabar diri saya untuk ambil SPM pula.”

“Saya juga ingin beri contoh dan motivasi kepada anak cucu saya. Usia bukan penghalang untuk belajar, menuntut ilmu adalah proses sepanjang hayat”

Ketika ditemubual, Salman baru sahaja habis menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V semalam.

Katanya lagi, jika ada kelapangan, Salman akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian untuk meminta tunjuk ajar memandangkan adiknya bertugas sebagai seorang guru.

Malah, Salman juga membeli beberapa buku ulang kaji sejak tahun lepas lagi. Menurutnya, keluarga banyak beri sokongan dan galakan.

Spm2

“Saya tidak malu, saya tidak hairan apa-apa orang kata, kata orang tua belajarlah sampai ke negara China dan dari buaian hingga ke liang lahad.”

Selain Bahasa Melayu, beliau juga mengambil dua lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk peringkat permulaan.

Jika mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2020 ini, beliau akan mengambil subjek lain lagi pada tahun hadapan.

 

Baca : “Ini baru pelajar sekolah, belum pelajar Uni” – 1 Pelajar SPM Positif COVID 19, Semua Pelajar Tingkatan 5 MRSM Lipis Kena Kuarantin

Spmm

Sumber: BERNAMA
Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.