in

Warga Emas Hilang RM180,000 Ditipu ‘Orang PH’

Scam Featured Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakatan Harapan sememangnya ada banyak janji yang nak ditunaikan kepada rakyat dan negara. Tapi yang satu ni, admin sure bukan salah satu daripadanya.



Menurut WORLD OF BUZZ, semalam seorang warga emas di Sitiawan, Perak bernama Wong dah kena tipu dengan tujuh orang individu yang menyalahgunakan nama Pakatan Harapan. Semuanya bermula bila dorang cakap yang PH nak balas budi warga emas dengan berikan lebih banyak wang kat kaum veteran ni. 

Screen Shot 2018 07 27 At 12.25.59 Pm
sumber: wob

Tapi sebelum tu warga emas ni kena tunjukkan dulu simpanan dorang dalam bentuk wang tunai sebagai bukti. Wong time tu dalam perjalanan nak ke kereta lepas sarapan sewaktu dia terserempak dengan dua orang scammer. Salah seorang tu perkenalkan diri sebagai anak Ah Ming, kononnya kawan lama Wong.

“Salah seorang cakap yang dulu dia pernah datang dan bermain kat rumah saya masa dia masih kanak-kanak. Dia tanya saya ingat dia lagi tak? Saya kata saya ada ramai kawan nama Ah Ming jadi saya tak ingat yang mana satu,” kata Wong.

Scammer bagi kupon percuma kat Wong dan minta dia sahkan kat stesen petrol berdekatan. Dalam perjalanan, penipu tu cerita pasal PH ada set up tabung dan cuba nak berbakti pada rakyat dengan beri sumbangan dan menggandakan simpanan warga emas.

Screen Shot 2018 07 27 At 12.26.05 Pm
sumber: wob

Kalau nak terima sumbangan tu, katanya Wong hanya kena keluarkan wang simpanan dan bagi dorang ambilkan gambar. Mula-mula Wong ragu-ragu tapi sebab tak melibatkan sebarang pelaburan dia setuju je lah. Lagipun dia memang peminat Tun M.

Lepas tu dia jumpa lagi sorang penipu yang menyamar jadi manager yang entah dari mana. Atas arahan manager ni Wong keluarkan wang bernilai RM180,000 kesemuanya dari dua buah bank.

“Kat bank di Seri Manjung, penipu tu tolong saya isikan borang. Bila pekerja bank tanya hubungan antara penipu tu dengan saya, dia cakap dia anak saudara saya.”

Screen Shot 2018 07 27 At 12.26.16 Pm
sumber: wob

Kemudian Wong kembali ke kereta dan letak wang dia yang ribuan ringgit tu. Lima minit kemudian dia diminta masuk balik dalam bank dan saksikan sendiri manager tu masukkan duit sumbangan yang kononnya daripada PH tu.

Bila dah separuh jalan tiba-tiba Wong tak sedap hati sebab tinggal duit banyak dalam kereta. Of course lah bila dia kembali ke kereta tu, duit RM180,000 dah lesap dan scammer tu semua pun dah hilang. Tapi nasib baik menantu Wong cepat-cepat maklumkan pada polis dan berjaya tangkap semua suspek kat depan sebuah homestay.

Screen Shot 2018 07 27 At 12.26.27 Pm
sumber: wob

Tapi RM50,000 je yang dapat balik sebab penipu tu dah guna yang lain untuk bayar hutang dorang. Eiii teruknya! Tujuh lelaki yang terbabit akhirnya ditangkap di tempat kejadian.

Kesiannya hilang macam tu je duit dia! Hati-hati kalau ada orang guna nama Pakatan Harapan macam ni, make sure korang periksa dari sumber yang betul dulu ye!

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang! Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.