Warga Emas ‘Ditembak’ Di Ladang Kelapa Sawit Selepas Disangka Babi Hutan!

Akibat disangka babi hutan, seorang warga emas berusia 66 tahun cedera di bahagian bawah ketiak kiri selepas ‘ditembak’ menggunakan peluru sesat semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang di Bukit Harimau, Marang mangsa dikatakan berada dalam semak sebelum ‘ditembak’oleh seorang lelaki yang juga pemilik senjata api.
Lelaki itu dikatakan melepaskan satu das tembakan bertujuan untuk menembak sekumpulan babi hutan yang melintas di lokasi sama, lapor Sinar.

Lelaki berusia 53 tahun bersama anak lelakinya berusia 19 tahun ketika itu dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Hulu Terengganu selepas membersihkan ladang kelapa sawit di kawasan berkenaan.
Setibanya di lokasi, mereka ternampak sekumpulan babi hutan sedang melintas jalan sebelum lelaki tersebut memberhentikan kereta lalu mengambil senapang patah dan melepaskan satu das tembakan.”- Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris
Anak lelaki itu pada masa sama ternampak cahaya dari lampu motosikal di kawasan semak tersebut dan terus memerika lokasi itu sebelum mereka nampak mangsa sedang membalut luka di bawah ketiak kirinya.
Lelaki itu dan anaknya kemudian membawa mangsa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Kini dua beranak itu direman selama 3 hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Mangsa yang dalam keadaan stabil juga akan disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana berada di luar ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Ish bahayanya…
Baca : Kajian Menunjukkan Memanggil Pasangan Dengan Nama Binatang Boleh Eratkan Hubungan Cinta?




