504 Orang Terlepas Janji Temu Suntikan Booster COVID-19 Lepas Antivaxx ‘Kunci’ PPV Guna ‘Super Glue’

Tambah ke Sumber Pilihan
504 Orang Terlepas Janji Temu Suntikan Booster COVID-19 Lepas Antivaxx ‘Kunci’ PPV Guna ‘Super Glue’

Menyusahkan orang betul!

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan tindakan kurang ajar seorang anti vaksin yang bertindak ‘mengunci’ sebuah farmasi yang juga merupakan pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 dengan menggunakan super glue.


How To Remove Super Glue Today Main 181112 E1638590851487
Gambar hiasan

Portal DailyMail melaporkan, suspek, Hayden Brown, 53, yang berasal dari Gorleston, Norfolk, mengaku bersalah menuangkan cecair super glue ke dalam lubang kunci mangga Pharmacy Express di Lowestoft Road, Gorleston, pada Jumaat lalu.

Tindakan tidak bertanggungjawab Brown itu kemudiannya mengakibatkan lebih 500 orang terlepas temu janji suntikan booster vaksin COVID-19 gara-gara pintu tidak dapat dibuka.

Brown diberkas pihak berkuasa tempatan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan selepas identitinya dikenal pasti menerusi satu rakaman litar tertutup (CCTV) tersembunyi.

121911778 Vaccine Centre Damage E1638590797847

Kata Superindendent Nathan Clark, tindakan Brown itu mengakibatkan lebih 500 orang terlepas janji temu bagi mendapatkan suntikan booster vaksin COVID-19. Lebih buruk, kebanyakan daripada individu terbabit adalah warga emas.

Untuk pengetahuan, insiden ini bukanlah kali pertama farmasi yang beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin di kawasan itu diganggu golongan anti vaksin. Sebelum ini, farmasi berkenaan pernah menjadi sasaran antivaxx dalam dua kejadian berbeza pada 12 November dan 20 November lalu.

Sumber: DailyMail, Mirror

Baca: “Ingatkan agenda antivaxx” – Van Gesa Orang Ramai Jangan Ambik Suntikan Vaksin Rupanya Gimik ‘Rumah Pengebumian’

Dont Get Vaccinated E1638589558744

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aira Sahira
Lagi tulisan Aira
Seorang yang imaginatif dan gemar menulis. Sukakan haiwan dan anime. Lebih menggemari genre seram walaupun masih tutup mata bila hantu muncul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

504 Orang Terlepas Janji Temu Suntikan Booster COVID-19 Lepas Antivaxx ‘Kunci’ PPV Guna ‘Super Glue’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/504-orang-terlepas-janji-temu-suntikan-booster-covid-19-lepas-antivaxx-kunci-ppv-guna-super-glue/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM