in

Wanita Terima WhatsApp Dari Ramai Lelaki Yang Nak ‘Langgan’ Anak Lepas Video Intim Anak Dengan Ex-BF Tersebar

Feat 28

“Saya ibu kandung dia, saya bukan ibu ayam, tolong hentikan sebar video itu”

Itu luahan hati seorang ibu yang terluka dan kecewa selepas menerima banyak kiriman WhatsApp daripada individu yang tidak dikenali yang ingin ‘melanggan’ anak perempuannya.

Perkara itu berlaku selepas video intim anaknya dengan bekas teman lelaki disebarkan sejak dua bulan lalu.

Difahamkan dia mula menerima banyak kiriman WhatsApp selepas anaknya yang berusia 21 tahun berpisah dengan seorang lelaki, selepas lelaki itu kantoi sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Wanita itu yang ingin dikenali sebagai Lucy berkata, dia mula ada sesuatu yang tidak kena selepas menerima mesej di facebook yang bertanya harga untuk perkhidmatan seks yang ditawarkan, lapor Harian Metro.

Selepas buka Facebook (FB), saya dapati ada mesej menunjukkan gambar anak saya sedang melakukan hubungan intim bersama lelaki dikenali. Ada tiga video dengan tarikh berlainan.

Chat Feed Window

“Hingga sekarang saya takut untuk membuka telefon kerana bimbang akan dapat mesej yang begitu. Selepas berbincang, anak saya maklumkan bahawa bekas teman lelakinya itu tidak dapat menerima hakikat hubungan mereka sudah berakhir.

“Saya ibu kandung dia, saya bukan ibu ayam, tolong hentikan sebar video itu,”

Mengulas lanjut Lucy berkata anaknya telah menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut sejak dua tahun lalu, malah mereka sama-sama bekerja di salah sebuah pusat peranginan di Pantai Timur.

“Dia ada menyatakan keinginan untuk berkahwin, namun anak saya tidak mahu kerana lelaki itu sudah pun berumahtangga, lagi pula mereka berlainan agama. Selepas itu dia mengugut untuk tularkan video dan gambar intim, atau terus menjalinkan hubungan sulit dengannya.”

1 31 2

Susulan kejadian itu, Lucy terus mengarahkan anaknya untuk berhenti kerja kerana bimbangkan keselamatan anaknya itu.

Malah dia telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

Baca : Hang Tuah tak wujud, hanya sekadar mitos- Panas! Profesor Ini Tampil Dengan Beberapa Fakta

 

Baca 17 15

Sumber: Harian Metro