in

“Hang Tuah tak wujud, hanya sekadar mitos”- Panas! Profesor Ini Tampil Dengan Beberapa Fakta

Feat 27

Sehingga kini masih lagi berlaku perdebatan mengenai kewujudan Hang Tuah. Adakah Hang Tuah benar-benar wujud atau hanya sekadar mitos atau cerita dongeng dahulu kala.

Admin bukan nak menafikan kewujudan pahlawan terbilang Melaka itu atau namun tertarik dengan fakta dan hujah yang dikemukakan Karyawan Tamu Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM iaitu Prof Emeritus Dr Ahmat Adam mengenai Hang Tuah.

Dakwanya Hang Tuah tidak wujud berdasarkan 3 hujah utama iaitu :

 

1. Perkataan Tuah hanya wujud pada abad ke-18 masihi

Menurut Prof Dr Ahmat Adam persoalan pertama ialah berkenaan nama Hang Tuah yang disifatkan sebagai tidak munasabah kerana istilah ‘Tuah’ yang bermakna nasib baik atau untung, belum wujud sebelum abad ke-18.

Malah ia dikuatkan lagi dengan melihatkan kepada kajian Firologi dan perbandingan yang dilakukan ke atas semua karya sejarah melayu.

Namun tidak menolak kemungkinan ‘salah baca perkataan jawi’.

Hang Tuah

Tuha

Menurut Profesor Dr Ahmat Adam perkataan ta, wau dan ha itu harus disebut sebagai Tuha atau Toh. Dalam istilah Jawa kuno perkataan Tuhan bermaksud pemimpin berkaliber dan Toh bermaksud sandaran raja.

 

2. Pantang larang tentang nama

Memetik kajian sosiobudaya melayu di nusantara, Profesor Dr Ahmat berkata penggunaan nama sebenar masyarakat melayu adalah dilarang jadi tidak mungkin nama Laksamana Melaka itu dinyatakan.

Sebab itu wujud perkataan Laksamana yang bermaksud pengikut raja yang setia namun ia tidak merujuk khusus kepada Hang Tuah semata-mata.

 

3. Pengaruh panji atau mitos

Mungkin kedengaran agak panas tapi menurut Profesor Dr Ahmat Adam, peristiwa yang tergambar dalam sejarah melayu hanyalah rekaan semata-mata termasuk Hang Tuah Lima Bersaudara.

Malah ketika kunjungan Sultan Mansur Syah ke Majapahit yang dikatakan untuk meminang Puteri Jawa dan segala peristiwa yang berlaku ketika Hang Tuah bersama rombongan tersebut juga dikatakan sebagai dongeng dan rekaan.

4 11 1

Mesti ramai yang persoalkan kenapa Profesor Dr Ahmat Adam berkata demikian…

Ini tidak mungkin berlaku sebab semasa zaman pemerintahan sultan mansur syah sedang berlaku perang saudara di majapahit manakala peristiwa Patih Gajah Mada yang mengarahkan Taming Sari untuk membunuh hang tuah dicatatkan dalam sejarah telah mati pada tahun 1364 tetapi melaka hanya dibuka pada awal abad ke-15.

Bukan itu sahaja, dikatakan juga watak-watak sahabat Hang Tuah diambil dari hikayat Pandawa, manakala keris sakti Taming Sari milik Hang Tuah dikatakan diadaptasi dari kisah Keris Kalasani milik Raden Inu Kertapati, salah satu cerita dari kisah panji di Jawa Timur.

Sumber : ML studios

 

So apa pandangan korang?

Baca : Singgah di Johor ke Johol? Netizen Pertikai Lirik Lagu Joget Pahang, Tapi Ini Jawapan Sebenar Dari Anak Penulis Lirik

Baca 17 13

Sumber: ML studios
Sumber: ML Studios