in

Wanita Tergigit Skru Semasa Makan Snek, Kecewa Syarikat Tidak Pedulikan Aduan

F 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mesti ada snek kegemaran sendiri kan? Apa perasaan korang kalau tengah sedap menikmati snek kegemaran dan terjumpa sesuatu yang pelik di dalam tu?

Itulah yang dialami Belle, ketika menikmati snek kegemarannya. Beliau pada ketika itu sedang menikmati snek Super Ring sebelum menjumpai skru di dalam bungkusan tersebut. Yes, skru gaissss…


A8

Menurut Belle, ketika sedang mengunyah snek itu dia tergigit sesuatu yang sangat keras.

Saya fikirkan gigi saya tercabut , namun selepas diludah saya sangat terkejut kerana rupa-rupanya skru yang tersangkut pada snek itu.”

Dan skru itu bukan dijumpai di dalam plastik, tetapi pada snek itu (berbentuk bulat).”

A7
Boleh dilihat skru ini tajam dan membahayakan

Belle mahu syarikat yang mengeluarkan snek ini (Oriental Food Industries Sdn Bhd) tahu dan ambil berat dengan kes sebegini, jadi beliau membuat keputusan untuk menghubungi mereka.

Pada mulanya beliau cuba menghubungi syarikat ini dengan mengisi borang yang disediakan dan menghantarnya melalui mesej di Facebook pada 9 November 2016.

Kebiasaannya, selepas menghantar borang itu, pasti akan dihubungi semula melalui email dalam kadar yang segera. Namun saya tidak menerima apa-apa maklum balas maka saya membuat keputusan untuk membuat panggilan sahaja.”

A2

 

A4

Menurut Belle, beliau membuat keputusan untuk menghubungi syarikat ini melalui laman Facebook kerana mereka dilihat aktif di Facebook dan mempunyai penanda ‘maklum balas dalam masa satu jam’ di bahagian tepi page mereka.

Mesej dihantar pada jam 1.37pm, malah syarikat itu telah menerima dan tertulis tanda ‘seen‘ bermaksud mereka sedar bahawa ada mesej yang diterima. Mesej diterima pada hari yang sama jam 1.39pm tetapi tiada maklum balas daripada syarikat itu langsung. 

A5

Menurut Stomp, Belle kemudian bertindak menghubungi syarikat itu namun tetap berakhir dengan kekecewaan.

Semasa dalam talian, mereka menyambungkan panggilan saya dengan tiga orang berbeza dan kesemuanya tidak dapat membantu saya.”

Malah mereka seperti tidak peka dengan aduan saya.”

 

Super_Call

“Dua staf pada mulanya tidak berapa faham apa yang saya katakan dalam bahasa Inggeris, jadi saya bercakap dalam bahasa Mandarin dengan staf yang ketiga, namun beliau memberitahu bahawa aduan itu akan disampaikan kepada syarikat. Itu sahaja!” kata Belle.

“Mereka tidak meminta maaf langsung kepada saya di atas apa yang terjadi.”

Kata Belle lagi, beliau sangat kecewa dengan tindak balas syarikat itu yang tidak profesional dan tidak membantu langsung walaupun selepas dihubungi melalui talian bebas.

Saya sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Ia adalah snek kegemaran yang sentiasa saya nikmati selama ini. Saya cuma berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi di masa akan datang kerana ianya sangat membahayakan.”

 

A6

Bayangkan lah betapa sakitnya masa tergigit skru tu…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.