Wanita Sepanyol Bertapa Dalam Gua, Baru Jumpa Matahari Lepas 500 Hari

Tambah ke Sumber Pilihan
Bertapa Dalam Gua

Kisah terperangkap di dalam gua sering menjadi kisah seram bagi kebanyakkan orang. Namun, lain ceritanya untuk seorang wanita Sepanyol ini.

Screenshot 2023 05 28 At 1.10.33 Pm

Beatrice Flamini, seorang pendaki gunung dan pengembara yang berpengalaman telah menghabiskan 500 hari di dalam sebuah gua bawah tanah tanpa hubungan dengan manusia luar dan tanpa sinaran cahaya matahari.


Flamini masuk ke dalam gua itu ketika berusia 48 tahun, dan keluar pada usia 50 tahun.

Screenshot 2023 05 28 At 1.10.41 Pm

Memetik laporan Futurism, apabila beliau akhirnya muncul semula pada minggu lepas, perkara pertama yang Flamini tanya ialah ‘siapa yang akan membeli bir?’.

Beliau juga berkongsi pengalamannya tinggal di dalam gua sebagai pengalaman yang tiada tandingannya.

Ketika ditemu bual oleh sumber, Flamini berkata beliau merasakan tidak mahu keluar dari gua yang menjadi tempat tinggalnya selama 2 tahun itu.

Ditanya bagaimana beliau kekal waras sepanjang pertapaannya itu, Flamini menjawab yang beliau mempunyai hubungan yang baik dengan diri sendiri.

Screenshot 2023 05 28 At 1.10.54 Pm

Flamini berkata beliau membaca kira-kira 60 buah buku semasa dia berada di bawah tanah. Selain membaca, beliau juga menghabiskan masa dengan menulis, melukis, mengait dan mendokumentasikan pengalamannya dengan dua buah kamera GoPro.

Walaupun Flamini sebahagian besarnya ditinggalkan bersendirian, beliau dipantau oleh sekumpulan saintis yang turut meninggalkan makanan kepada beliau tanpa berhubung secara langsung.

Flamini nekad untuk mengehadkan perhubungan dengan dunia luar pada tahap minimum. Beliau juga menegaskan kepada rakan saintis yang memantaunya untuk tidak memberitahunya tentang kematian orang yang disayangi sekiranya berlaku kejadian tersebut.

Screenshot 2023 05 28 At 1.11.29 Pm

Sepanjang berada di dalam gua itu, Flamini menganggarkan beliau berada di sana selama kira-kira 170 hari sahaja. Beliau mula hilangan jejak masa kira-kira dua bulan selepas masuk ke dalam gua.

Baca: Warga Tempatan Marah, Wanita Jerman Berbogel Ketika Pertunjukkan Kebudayaan Di Bali

Screenshot 2023 05 28 At 12.55.56 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Wanita Sepanyol Bertapa Dalam Gua, Baru Jumpa Matahari Lepas 500 Hari
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/wanita-sepanyol-bertapa-dalam-gua-baru-jumpa-matahari-lepas-500-hari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM