in

Warga Tempatan Marah, Wanita Jerman Berbogel Ketika Pertunjukan Kebudayaan Di Bali

Pelancong Bogel Bali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bali terkenal sebagai antara tempat pelancongan yang paling cantik di Indonesia, pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan perangai tidak sopan seorang pelancong wanita dari Jerman yang bertelanjang ketika satu persembahan kebudayaan diadakan di situ.


Menurut laporan detik.com, kejadian aneh itu berlaku di Puri Saraswati, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar.

Lokasi itu menempatkan sebuah kuil yang besar dan sering dijalankan persembahan kebudayaan, wanita Jerman itu bertindak berbogel lalu berjalan ke atas pentas melewati penari-penari kemudiannya cuba untuk memasuki kuil tersebut.

Cats 76

Untuk video penuh klik di sini

Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen khususnya warga tempatan, bukan sahaja ia dilihat tidak sopan malah ramai yang menganggap perbuatan pelancong itu melampaui batas.

Wanita itu turut mencuba mengikut gerak tari penari yang sedang membuat persembahan sebelum ditarik oleh pengawal keselamatan di situ.

Difahamkan, identiti wanita berkenaan dikenal pasti sebagai Darja Tuschinski berusia 28 tahun dan polis Ubud telah pun menahan wanita berkenaan.

Dalam laporan yang sama, dia telah disahkan menghadapi gangguan mental kemurungan kerana kehabisan wang untuk terus menetap di Bali.

Seram ye…

Baca: Pelancong Asing Mandi Di Kolam Air Pancut KLCC Ditahan Polis

Cats 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.