in

Wanita Sengaja Lenyek Kanak-Kanak Yang Cedera, Kata Ianya “Kemalangan”

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita baru-baru ini mencetus kemarahan netizen selepas video rakaman beliau melanggar dan melenyek kaki seorang kanak-kanak dengan skuter dinaikinya tersebar luar di internet di China.


Lebih teruk lagi, kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima tahun itu memang dalam keadaan cedera ketika wanita itu melakukan perbuatan tersebut, lapor Shanghaiist.

Motor1

Rakaman kejadian yang berlaku di bandar Guangdong, wilayah Yangjiang itu mula dimuat naik pada 2 Januari lalu sebelum menjadi viral dan  mendapat perhatian ramai netizen. Of course lah marah kan!

Di dalam video berdurasi 41 saat itu, seorang kanak-kanak lain dilihat terpaksa mengheret kanak-kanak yang tercedera tersebut bagi menjauhkannnya dari wanita berkenaan sambil memintanya untuk berhenti. Manakala, kanak-kanak yang tercedera tersebut boleh didengari menangis tanpa henti dan tidak berdaya untuk bangun.

G1

Wanita itu yang seperti dalam keadaan marah tidak mempedulikan kedua-dua mereka dan memekik sambil menunggang skuternya perlahan-lahan dan melanggar kaki kanak-kanak yang terbaring itu dengan sengaja.

Gif2

Wanita itu juga boleh dilihat membawa seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 2 tahun bersamanya menaiki skuter itu. Elok sangat lah, tunjuk contoh tak baik dekat anak kecil.

Anak2

Netizen yang menonton video tersebut memaki hamun wanita berkenaan kerana tidak punya hati dan perasaan sanggup berbuat sedemikian kepada seorang kanak-kanak, apatah lagi yang sedang cedera.

“Wanita itu sepatutnya dipaksa baring di atas jalan dan lenyek kakinya dengan sebuah traktor!” komen seorang netizen.

“Apa pun alasan wanita ini, tindakan dilakukannya tersangatlah jahat!” komen seorang lagi.

Wanita berkenaan dilaporkan sudah ditahan untuk siasatan.

Kanak-kanak seharusnya dijaga dengan baik dan diberi kasih sayang bukannya diperlakukan sebegini. Diharap wanita berkenaan diberikan hukuman setimpal dengan perbuatannya itu.

Tonton video penuh di bawah:

https://youtu.be/ggyvcv8zmO8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.