Kelmarin tular satu video menunjukkan tiga orang wanita bertudung dengan selambanya membawa anjing bersiar-siar di tempat awam. Dalam video tu, si perakam memerli dan mengutuk tindakan wanita-wanita berkenaan sebab macam tak kisah main dengan anjing walaupun berhijab.
Tanpa mengetahui perkara sebenar, video tersebut ditularkan oleh individu tak bertanggungjawab sampai wanita-wanita tu dihujani dengan komen-komen negatif kerana kononnya tak menjaga sensitiviti keagamaan sebagai orang Muslim.
“Kerajaan sudah tukar, takkan hobi pun sudah tukar? Oh my god. Only in Kelana Jaya lah. Fuh, macam bawak kucing besar,” kata perakam tersebut dengan nada sindiran.
Disebabkan tularnya video ni, Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil menjelaskan hal sebenar kerana tiga orang wanita Islam tu rupanya pelajar di universiti tersebut, lapor Astro Awani.
UPM menjelaskan yang wanita-wanita dalam klip video tu sebenarnya pelajar-pelajar UPM dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV). Menurut Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Profesor Dr Nor Kamariah Noordin, pelajar-pelajar tu bukan saja-saja nak bawa anjing bersiar-siar tapi dorang tengah menjalani latihan praktikal luar kampus. Ooh macam tu..
Katanya dalam pengajian tu pelajar tak kira lah beragama Islam atau tidak, semuanya tak terkecuali daripada mengendalikan pelbagai spesis haiwan termasuklah anjing dan khinzir.
“(Dalam pengajian ni) ia melibatkan semua spesis haiwan sama ada yang kecil atau besar seperti kucing, anjing, babi, burung, ayam, lembu, rusa, ikan, gajah dan lain-lain haiwan.”
“Keperluan ini adalah merupakan syarat bergraduat program DPV yang dikawal oleh Majlis Veterinar Malaysia,” kata Kamariah lagi.
Pelajar-pelajar tersebut akan menjalani latihan praktikal luar kampus selama dua minggu mulai 2 Julai hingga 8 Julai di PAWS Animal Welfarer Society, Subang, Selangor. Bila UPM dah jelaskan pasal ni, ramai la cakap dorang dah agak takkan la wanita bertudung saja-saja nak bawak anjing bersiar kan, mesti ada sebab yang munasabah.
Betul tu! Memang la haiwan tu haram, tapi tak bermakna kita kena layan anjing macam sampah. Dorang pun ciptaan Allah jugak tau! So kalau nak tularkan apa-apa tu periksa dulu supaya tak timbul fitnah macam ni.
Tonton video di bawah:
Sumber: Facebook