Sejak kebelakangan ini banyak pula kita dengar kisah gangguan seksual yang berlaku di negara seberang. Baru sahaja selesai kes seorang wanita tiba-tiba diraba lelaki bermotor ketika berjalan di tepi jalan raya, muncul pula kisah tidak enak didengar yang lain.
Menurut Coconuts, baru-baru ini tular di Surabaya, Indonesia satu rakaman video menunjukkan seorang wanita sedang menangis dikelilingi beberapa individu di sebuah hospital. Dalam rakaman tersebut, wanita berkenaan dilihat teresak-esak menceritakan saat dia menerima gangguan seksual daripada seorang jururawat lelaki di situ.
Wanita yang juga seorang pesakit itu menyoal jururawat lelaki tersebut yang berada di depannya dan mendesak lelaki itu supaya mengaku kelakuan tidak senonoh yang dilakukannya. Jururawat lelaki tersebut pada ketika itu hanya tunduk dan mendiamkan diri.
“Kamu mengaku sekarang! Kamu raba payudara saya kan? Dua tiga kali!” kata wanita itu sambil berlinangan air mata dan suara tersekat-sekat.
Dikelilingi individu yang berkemungkinan ahli keluarga dan jururawat lain yang bekerja di hospital tersebut, wanita itu memberitahu bahawa jururawat lelaki berkenaan telah melakukan perkara tersebut sewaktu dia berada dalam keadaan separuh sedar. Wanita tersebut tidak dapat bergerak pada ketika itu kerana diberikan sejenis ubat bius yang tidak diketahui.
Jururawat lelaki itu kemudiannya mengakui kesalahannya dan bersalaman dengan wanita tersebut serta-serta orang-orang di sekelilingnya sebagai tanda meminta maaf.
“Minta maaf. Maafkan saya, saya bersalah,” kata lelaki tersebut sambil tunduk dan bersalam dengan wanita yang sedang menangis itu.
Ketua Unit Jenayah Polis Surabaya, Sudamiran menyatakan bahawa pihak mereka sedang menyiasat video tersebut dan telah melawati hospital yang terbabit sejurus selepas itu. Sudamiran tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan penyiasatan yang dilakukan dan hospital mana yang terlibat.
Buat masa ini pihaknya masih menyiasat kes tersebut.
Jururawat sepatutnya menjaga pesakit, bukan membuatkan mereka lebih sakit. Sentiasa berhati-hati walau dengan siapa kita berada.
Tonton video kejadian di sini:
Sumber: Youtube
Baca: Pesakit Terpaksa Tunggu 5 Jam Untuk Dirawat Kerana Jururawat Sedang Booking Percutian di Internet