Kecoh baru-baru ini apabila tersebarnya berita seorang wanita menjadi imam di sebuah masjid di Berlin, Jerman. Masjid Ibn Rushd Goethe yang baru dibuka ini telah membenarkan lelaki dan wanita sama-sama bersolat dan tidak mementingkan aurat wanita yang tidak bertudung.
Namun semua ini lebih mengejutkan apabila salah seorang dari imam wanitanya merupakan penggubah muzik terkenal dan anak bekas wakil rakyat di Malaysia. Biar betul??
Ani Zonneveld atau Zuriani Tan Sri Abdul Khalid merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Kota Star Utara (1958-1964) dan dia juga pernah menjadi penerbit serta komposer bagi beberapa artis terkenal di Malaysia seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Liza Hanim, lapor Kosmo!
Malah Zuriani juga pernah memenangi anugerah Grammy pada tahun 2001 dan 2004 serta memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999 dan 2004 bagi album Datuk Siti Nurhaliza.
Tindakan Zuriani mula mendapat kecaman apabila tersebar gambarnya sedang mengimamkan jemaah lelaki dan wanita dan melaungkan azan di masjid tersebut, lapor Utusan Malaysia.
Menerusi laporan Malay Mail, Ziana Zain mengakui pernah bekerjasama dengan Zuriani ketika pembikinan album Anggapanmu dan Color of Love tetapi hubungan mereka ‘tidak serapat mana’.
“Jujurnya dia orang baik, penyayang, suka mengambil berat dan minat dalam apa yang dilakukan,” ulas Ziana Zain.
Pun begitu apabila disoal mengenai isu ini, Ziana memilih untuk enggan mengulas dan berdoa semoga Zuriani bertemu dengan orang yang boleh membantunya.
Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, beliau menegaskan bahawa tidak sah solat seseorang individu yang berimamkan seorang wanita. Syarat sah solat berjemaah perlu diimamkan oleh seorang lelaki dan wanita hanya boleh menjadi imam kepada jemaah wanita sahaja.
Semoga beliau kembali ke pangkal jalan. Kita doa yang baik-baik sahaja ya.
Baca: ‘Allah Benarkan Lelaki Muslim Rogol Wanita Bukan Muslim Untuk Memalukan Mereka’