in

Wanita Ini Jelaskan Video TikTok Bawa Watak Suami Isteri Dengan Anak Hanya Lakonan

suami isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengguna TikTok baru-baru ini telah dikritik hebat oleh warganet gara-gara wanita tersebut memuat naik video TikTok yang memaparkan dirinya dan anak lelakinya berlakon watak sebagai suami isteri.

Tindakan wanita itu telah dikecam ramai kerana rata-rata netizen berpendapat bahawa ia tidak sesuai dilakukan oleh ibu dan anak kandung.


Ada juga warganet yang mengatakan mereka pada mulanya menyangkakan lelaki itu merupakan suami kepada wanita itu namun budak lelaki itu rupanya ialah anak wanita tersebut.

Artikel berkaitan: Abang Bas Menangis Ketika Didakwa Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak

Artikel Berkaitan: Buat Kapsyen ‘Hari Ini Crush Buat Homework’ di TikTok, Abang Bas Sekali Lagi Dihadap Ke Mahkamah

Setelah dikritik oleh ramai pengguna media sosial, wanita itu yang dikenali sebagai Dya Romantika Life di TikTok telah tampil memberi penjelasan bahawa pembawaan watak suami isteri dengan anaknya itu hanya lakonan semata-mata.

@dyaromantikalife

SEMOGA TERJAWAB SEGALA PERSOALAN & KERAGUAN. Kepada semua rakyat Malaysia yang budiman & baik hati, terima kasih kerana prihatin. Terima kasih juga yang support kami dari dulu lagi. ❤️ Salam Sayang, #dyaromantikalife

♬ Dealova Piano – DNP

Meskipun penjelasan tersebut telah dibuat, meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat ramai pengguna TikTok lain yang berpendapat jika wanita itu dan anaknya tetap mahu memuat naik kandungan video di platform, mereka sebaiknya buat video tentang ibu dan anak, bukannya berlakon sebagai suami isteri.

3 5

2 3

1 11

Apa pula pendapat korang tentang isu ini? 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.