in

“Bercinta tidak tiba-tiba nikah” – [VIDEO] Wanita Kahwin Dengan Bos Sendiri Lepas Selalu Buat ‘Content’ TikTok

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bos korang sporting tak? Kalau ya, mungkin bolehlah start buat video TikTok sama-sama mana tahu tiba-tiba jodoh pulak. Make sure bukan suami orang eh!


Macam baru-baru ni, video seorang wanita yang dimuat naik telah tular dan mendapat sebanyak lebih 1.5 juta tontonan!!!

Unexpected love story

Video berdurasi hampir 2 minit ini menunjukkan tentang kisah perjalanan wanita ini dengan suaminya merangkap majikannya.

Menurut @ezatiiiiey, ketika dia bekerja bosnya ini dikatakan selalu cover masa kerjanya bila wanita ini pergi solat dan sering bertanya tentang solat dan agama Islam.

Lelaki yang dipanggil Mr Yee ini kemudiannya telah membuat keputusan untuk memeluk Islam dan turut dilihat rajin belajar tentang Islam.

Bukan itu sahaja, kedua-dua majikan dan pekerja ini juga sering dilihat keluar bersama sampaikan vaksin pun dapat hari yang sama. Eh kalau dah jodoh tu…

Wanita ini turut memberitahu yang majikannya itu telah membelikan dia jubah kerana tahu yang perempuan perlu selalu menutup aurat dan pakai baju yang longgar.

Screenshot 2022 05 13 At 5.05.25 Pm

Tak cukup dengan itu, Ezatiey turut kongsikan yang dia selalu rasa tenang bila tengok muka majikannya itu. Hamboiiii hehehe

Taktahu lah kenapa setiap kali tengok dia rasa tenang sangat.”

Dapat juga dilihat, wanita ini sering meluangkan masa untuk mengajar Mr Yee mengaji.

Selepas sering meluangkan masa bersama, pasangan ini kemudiannya membuat keputusan untuk bertunang dan sekarang dorang dah pun sah menjadi suami dan isteri. Sho shweeeet.

Dari video as staff & boss, bercinta tidak, tiba-tiba tunang, tiba-tiba nikah. Tiba-tiba dah jadi suami isteri yang sah. Rasa kejap sangat.”

@ezatiiiiey

Unexpected Love Story ????

♬ Give Me Your Forever – Zack Tabudlo

“Menangis tengok. Terharu…”

Rata-rata netizen yang menonton video ini turut luahkan rasa terharu dorang melihat perjalanan pasangan ini dari sebelum jadi suami isteri sampailah sekarang.

Screenshot 2022 05 13 At 5.12.51 Pm Down

Memang betul, min pun terharu memang macam cerita dongeng betul. Apa-apa pun min doakan moga bahagia hingga ke jannah!

 

Baca: “Huntungla!” – [VIDEO] Netizen ‘Cemburu’ Wanita Disolek Suami Sendiri Untuk Majlis Kahwin

Untitled Design 2022 04 06T142151.507

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.