Seperti yang kita tahu, golongan wanita kini turut dapat melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang dulunya hanya dilakukan oleh golongan lelaki. Baru-baru ini, terbukti lagi keberanian seorang wanita apabila tular satu kisah tentang wanita dari China ini yang memanjat gunung tanpa menggunakan tali atau sebarang peralatan keselamatan. Fuhhhh!
Menurut Sinar Harian, wanita yang dikenali sebagai Luo, 37, menjadi satu-satunya wanita dalam sekumpulan pemanjat lelaki. Aktiviti memanjat tebing setinggi 100 meter itu diwujudkan sebagai hiburan untuk pelancong yang datang ke wilayah Guizhou, China.
Kehebatan wanita itu membuatkan ramai pelancong mengagumi keberaniannya sehingga dia digelar ‘spiderwoman’. Menurut Luo, kerjanya bermula jam 8 pagi sehingga petang.
“Kerja ini bukan sahaja lelaki boleh lakukan.
“Saya fikir lelaki dan wanita adalah sama, jika lelaki boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya,” kata Luo.
Luo ketika diwawancara turut sempat memberikan nasihat dan tips kepada mereka yang gemar atau teringin melakukan aktiviti lasak sepertinya.
“Ketika memanjat tebing, sentuh batu dahulu dengan tangan atau kakimu.. Sekiranya anda tidak dapat menyentuhnya, jangan bergerak.”
Kagum-kagum juga, siapa yang teringin cuba tu jangan main buat tanpa pemantauan profesional. Tapi, Luo memang dah hebat patutlah ramai kagum!