Wanita Dihalau Keluar Dari Pesawat Gara-gara Bergurau Miliki B*m

Tambah ke Sumber Pilihan
Pesawat

Seorang penumpang wanita mencetuskan kekecohan selepas mendakwa membawa bom ketika berada dalam pesawat Batik Air yang dalam persiapan untuk berlepas dari Jakarta ke Manado, semalam.

Bercakap kepada Detik News, Jurucakap Komunikasi Strategik Batik Air, Danang Mandala Prihantoro, berkata, insiden itu berlaku ketika pesawat penerbangan ID-6272 sedang bersiap sedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi, Manado.


Screenshot 2025 04 19 At 12.41.15 Pm

“Penumpang wanita yang duduk di tempat duduk 11E memberitahu kru kabin bahawa dia membawa bom, satu kenyataan berunsur ancaman yang amat serius.”

Artikel berkaitan: Genap 11 Tahun Kehilangan Pesawat MH370, Pencarian Tetap Diteruskan

Artikel berkaitan: Juruterbang Tertinggal Pasport, Pesawat Terpaksa Patah Balik

Kru kabin segera melaporkan insiden itu kepada juruterbang dan pasukan keselamatan mengikut prosedur standard Batik Air.

Wanita berkenaan kemudiannya diarahkan turun dan tidak dibenarkan meneruskan penerbangan serta diserahkan kepada pihak berkuasa di lapangan terbang untuk siasatan lanjut.

Pesawat kemudiannya menjalani pemeriksaan keselamatan tambahan sebelum disahkan selamat untuk berlepas. Hasil siasatan tidak menemui sebarang objek mencurigakan atau bahan letupan.

Screenshot 2025 04 19 At 12.42.51 Pm

Batik Air ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, gurauan atau perbuatan yang mengandungi unsur ancaman seperti bom, keganasan atau seumpamanya adalah kesalahan serius dan dilarang sama sekali.

Tambah Danang, menurut Akta Penerbangan Indonesia (Undang-Undang No. 1 Tahun 2009), individu yang membuat ancaman sedemikian boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, dan jika menjejaskan operasi penerbangan, boleh dihukum sehingga lapan tahun.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Wanita Dihalau Keluar Dari Pesawat Gara-gara Bergurau Miliki B*m
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/wanita-dihalau-keluar-dari-pesawat-gara-gara-bergurau-miliki-bm/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM