in

Membimbangkan, 67 Kanak-kanak Meninggal Akibat Covid-19! KKM Jangka 80% Lengkap Divaksinasi Menjelang 2022

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan statistik kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dilihat membimbangkan.


Bukan itu sahaja, peningkatan mendadak kematian yang melibatkan golongan ini juga turut merisaukan. Tahun ini sahaja, 67 kanak-kanak meninggal akibat Covid-19 berbanding hanya enam pada tahun 2020, lapor The Star.

Oleh kerana ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memastikan 60% remaja berusia 12 ke 17 tahun akan dapat sekurang-kurangnya satu dos menjelang November 2021 manakala 80% dari golongan ini yang layak menerima vaksin akan lengkap divaksinasi sebelum sekolah dibuka bagi sesi 2022.

Noor Azimi Re

Statistik menunjukkan kenaikan jumlah jangkitan di antara kanak-kanak di Malaysia adalah membimbangkan.

“Statistik kematian juga turut merisaukan di mana seramai 67 kanak-kanak dilaporkan meninggal pada tahun 2021 setakat 19 September jika dibandingkan hanya enam kematian pada tahun 2020.”

Semalam Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 baru sahaja memulakan suntikan vaksin bagi golongan remaja sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah dengan selamat.

Ibu bapa dan penjaga dinasihati untuk daftar anak-anak mereka yang layak menerima vaksin melalui institusi pendidikan mereka dan aplikasi MySejahtera.”

Harapnya dengan lebih ramai orang yang dah ambil vaksin, kanak-kanak lain yang belum layak untuk ambil vaksin akan lebih selamat.

 

Baca: Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Screenshot 2021 09 21 At 11.56.45 Am

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.